
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 37
Aku cuba mengangkat tanganku . namun tangan ku dipegang kemas . Dah memang kena kunci lah . Nak buat apa ni ? . Jerit je lah . “ NANA !!!!!!!!!!!!!!! “ Jerit aku kuat . Sepantas pelari usain bolt nana turun dari tingkat atas . Bertelekung siap . “ Apa nia . Apa woi “ suara nana makin mengendur . Lah . Adam ni tengah buat lawak pencuri masuk rumah ke apa dengan nia . Adam memberi isyarat supaya nana meneruskan adengan tadi .
“ Nana kau tak apa apa ke ? “ suara aku sedikit begetar
“ Alhamdullilah okey je “
Eh jap . Kalau nana ni okay je . Hmm , sah dah siapa dekat belakang aku . Aku terus menoleh ke arah kanan dan mengigit lengan Adam sekuat hati . Tak cukup dengan gigit aku menghadiahkan tangan ketam di lengan Adam . Rasakan . Kurang asam keping punya laki . Ingat kelakar ke main macam tu . Aku cuak tahap boleh terkucil dalam seluar dah . Aku bercekak pinggang gaya mak mak di depan Adam .
“ You buat apa ni ha ? You nampak ni. Ni pisau tau . You nak gol ke ? “
Adam mengaduh keskaitan “ Aduh bertenang lah sayang . Abang gurau je . Tak sangka lah pulak sayang ni hebat mengigit dan mencubit “ . Nana ketawa apabila mendengar Adam memanggil aku sayang . Amboi minah ni pun nak aku gol kan dia jugak ke .
Nana mengangkat tangan tanda tak nak masuk campur . “ Sorry nia kau nak belasah . Kau belasah lah laki kau sorang ya . Aku tak nak campur “ . Sempat nana melemparkan flying kiss terhadap ku . Amboi ni tahap menganjing dah ni . Siap kau , nana !
Aku meneruskan kerja ku yang tertangguh . Ini kalau aku nak sambung membebel memang tak akan menjadi lah sweet sour aku . Apa bendalah mamat ni buat kat sini . Macam mana dia tahu aku ada dekat sini . Hancur lah hiding spot aku . Amboi nia nak main sorok sorok pulak kau ni . Adam hanya berdiri kaku di sebelah aku melihat aku memasak .
“ You buat apa lagi dekat sini pergi lah dekat ruang tamu . Ke nak tolong I memasak “ tanya aku sambil melumurkan garam dan kunyit di atas ikan bawal . Adam diam . Eh mamat ni dah pecah kotak suara ke . Aku tanya dia diam je .
“ Adam ? “ masih tiada balasan dari Adam
“ Hello mr baby cool dah pekak ke ? “ serentak aku menuturkan ayat itu pipiku terasa ditarik dengan kuat . Amboi mamat ni main main dengan aku ya . Aku menarik pipi Adam menggunakan kedua dua tangan aku yang memang dah kuning sebab main kunyit tadi . Haaa amekaw ! nak main tarik tarik pipi sangat .
“ Berani sayang cakap abang pekak ya . Jaga lah you nanti minggu depan “ Aku rasa tangan aku hendak bertukar posisi ke perut Adam pulak tapi dalam bentuk penumbuk bukannya cubitan . Tak malunya laki aku ni . Ada nana kot .
Aku melepaskan cubitan aku di pipi Adam setelah Adam melepaskan cubitan di pipi ku . Aku membasuh tangan ku di singki . Aku mengambil kain tisu dan membasahkan sedikit tisu untuk mengelap pipi Adam .
“ Oh look my hubby have yellow cheeks . Padan muka dia “
“ Oh look I put the roses into my wifey cheeks . Next week I gonna make your cheeks go flaming red ya sayang “ . Adam ni ada je modal nak kenakan aku . Menyampah lah pulak . Baik aku sambung memasak dari layan Adam ni . Boleh meroyan aku .
Adam masih setia menemani aku memasak di dapur . Akhirnya pukul 9 malam baru kitaorang boleh makan . Nasib baik drama indonesia tadi sekejap je . Kalau lama memang tak jadi sweet sour lah . Jadi sour sour tak sweet sour dah .
“ Nia lamanya tak makan masakan kau emm sedapnya . Kenapa lah kau pindah “ kata Nana selamba . Tersedak Adam dibuatnya . Rasanya berapa kali aku pernah makan dia masak eh . Sekali ? ke dua kali ? . Ahh tak penting lah yang penting lepas ni hari hari aku boleh rasa masakan dia
“ Ah kau lebih lebih pulak . Aku sondol pinggan ni baru tahu . Apa susahnya kau rindu aku masak kau datang lah dekat rumah aku duduk tu apa susah .. “ belum sempat aku menghabiskan ayat . Aku terdengar Adam terbatuk batuk memberikan isyarat . Isyarat apa entah aku pun tak faham . Aku sambung jelah menuturkan ayat aku “ Anyway datang je lah okey . Tapi jangan lah kau datang pukul 12 pulak . Memang kau duduk luar jelah “
Setelah selesai agenda makan makan . Adam mengajak aku berborak di luar . Aku memberikan isyarat kepada nana yang aku akan berada di luar . Nana mengangkat ibu jarinya sebagai tanda okey . Aku menyarung shawl dan selempang ke kiri kanan .
Adam duduk bersandar di bahagian bonet kereta suzuki swift milik Nana yang bewarna putih . Aku merapati Adam . Aduh mamat ni macam tak boleh cakap dekat dalam . Malam malam ni sejuk tahu tak duduk dekat luar .
“ Sedap sayang masak tadi “ Adam memulakan bicara
“ Oh yeke . Thank you . Saya pun tak tahu saya masak sedap “
“ Lepas ni boleh lah abang suruh sayang masak macam macam bila sayang pindah masuk rumah abang “
Amboi mamat ni . Dia ingat aku tukang masak dia ke . “ Tak boleh masak macam macam nanti awak gemuk . hahahaha “
Adam menjentik dahiku . Sakitlah dah la jentik dengan sepenuh hati . “ Sakitlah “ aku memuncungkan mulut tanda tidak puas hati
“ Haaa muncunglah lagi bibir tu “
“ datang sini nak apa sebenarnya ? “
“ Ohh baru ingat nak cakap apa . Hahaha . Dah kenyang ni tak ingat pulak nak cakap apa tadi “ Adam menggaru sedikit keningnya sambil tersengih sengih . Tahulah comel , tak payah lah buat iklan colgate dekat sini . Sejuk sejuk macam ni . Aku pun bengap tak capai sweater sekali tadi
“ Haa cepatlah . Sejuk tau . Lagipun kita dekat luar ni . Nanti takut orang nampak “ . Aku terbersin . Haa nasib baik bersin comel comel je . Kalau bersin keluar cendol . Tak ke dah tak sweet . Aku masih dalam keadaan blur selepas bersin tadi . Terasa ada tangan melingkar di bahu aku , aku terdorong ke arah Adam .
“ Eh apa ni Adam . Orang nampak nanti . Lepas lah “ Aku menolak Adam . Namun Adam pula semakin mengemaskan pelukannya di bahuku . Rasa mendamaikan lah pulak . Cewah nia jangan lebih lebih
“ Biarlah orang nampak . Kita dah kawin kan . Nak takut apa “ . Pandai pulak mamat ni menjawab malam ni .
“ Okey firstly , I nak mintak maaf . Sebab I tak defend you depan adik I petang tadi . I know im stupid right . Boleh pulak you main senyum senyum masa adik I maki you . You ni sihat ke tak sebenarnya . Tapi kalau you tak sihat pun I still sayang . Sebab you senyum lah I dah macam masuk air blur semacam je “ Adam mencuit daguku . Aku mengelak sedikit . Tak rasional langsung alasan laki aku ni . Tapi sebab dia cakap dia sayang aku . So tak apalah . Sejuk sikit hatini . Sikit je tak banyak pun
“ Second , im sorry sebab I tak …. “ Aku meletakkan jari telunjukku di bibir Adam
“ say no more abang . Tak apalah nia dah lupakan apa yang berlaku dekat rumah mama . Cakap nak mulakan buku baru . Tak payah lah main flashback ni haa . As long as abang terima nia kerana Allah swt , sayang nia kerana Allah swt pun dah cukup . Sebab nia tahu dan percaya abang masih terima nia walaupun satu dunia menolak nia . Cewah tersangat mantap kan ayat nia waktu malam macam ni . Hahaha “ Aku tergelak . Adam merenung aku tidak berkedip . Aku memetik jari ku di hadapan Adam beberapa kali
“ Oh sorry , tak percaya pulak yang isteri abang yang bercakap dekat sebelah ni . Ingat pendebat mana sesat kat sebelah abang ni “Adam mencuit hidung aku
“ Hish abang ni , Nak nia jadi pinocchio ke ha ? “
“ Ish tak nak lah sebab nanti susah nak buat macam ni “ Adam terus melekapkan bibirnya ke bibir ku . “ Eh rasa sweet sour lah . Hahahaha “ Adam tergelak gelak
“ Hish tak kelakar lah “ Aku menarik muka
Adam menghulurkan tangannya“ Dahlah tak payah nak merajuk sangat . Abang nak balik dah “ . Aku menyalami tangan Adam . Adam terus keluar dan memboloskan diri dalam keretanya . Aku menghantar Adam pulang dengan pandangan mata . Adam ni ada peluang besar nak jadi playboy . Pandai betul tinggal aku terpinga pinga .
|