
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 16
Aku menggeliat sepuasnya . Tekak aku terasa pedih setelah semalaman menangis , Aku bangun dan menuju ke bilik air . Mandi dan menunaikan solat subuh . Sesudah itu aku memohon kepada – NYA semoga ibu dan abah ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman dan diberikan aku kesabaran untuk menghadapi hari mendatang . Sesudah itu aku melipat kain telekung dan berjalan keluar ke arah ruang tamu . Aku lihat sanak saudara ku yang masih kecil tidur bergelimpangan di depan tv . ‘ ini mesti layan kartun malam tadi sampai tertido ni ‘ . Aku berjalan menuju ke arah bilik aku . Aku ingin mengejutkan Adam bangun bersolat subuh , dan mengambil beberapa helai baju aku .
Aku menolak perlahan pintu bilik aku , aku lihat Adam masih tidur. Aku berjalan perlahan ke arah almari . Dalam keadaan kaki berbalut dengan bertongkat ni agak sukar untuk aku menolak pintu almari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi . Aku menolak pintu almari , aku lihat Adam masih nyenyak tidur . ‘ Bagus tidur mati rupanya budak ni ‘ sorak ku dalam hati . aku mengeluarkan beberapa helai baju dari dalam almari sambil bernyanyi kecil . Tiba tiba aku rasa ada seseorang memeluk aku dari belakang sambil meletakkan dagunya di atas kepala aku . Aku tergamam namun aku cuba untuk tidak menunjukkanya . “ Hei , apa ni main peluk peluk orang . Busuk lah pergi mandi “ kata aku kepada Adam sambil cuba melepaskan diri daripada pelukan adam . “ Kenapa kau tak masuk bilik semalam ? “ tanya adam setelah lama dia berdiam diri . “Lah , nak tanya benda tu je ke . Tak payah la main peluk peluk ni . Saya tertidur dalam bilik ibu semalam. Orang penat orang tidur lah “ kata aku lagi . “ Penat apa ? menangis ? “ kata adam lalu dia bingkas bangun menuju ke bilik air . Aku tergamam , bagaimana adam tahu aku menangis semalam . Mestilah dia tahu , dia ada telinga mata . Boleh dengar dan melihat wahai Rania .
Adam duduk dalam bilik air . Lama . Dia termenung memikirkan apa yang terjadi . Adakah dia yang bersalah kerana membuatkan terpaksa rania memakai tongkat itu untuk 3 bulan ? Mungkinkah salah dia keluarga mentuanya terlibat dalam kemalangan ? Adam berasa kusut .
Setelah mengambil beberapa helai baju aku . Aku terus keluar dan duduk dia atas sofa . Aku lihat sedara sedara aku yang masih kecil semua masih nyenyak dibuai mimpi walhal matahari sudah semakin meninggi . Mungkin penat disebabkan majlis tahlil semalam . Aku menggunakan telefon nana untuk menelefon mak mentua aku aka Datin Mariam. Almaklum lah , phone sendiri sudah hancur kebabom
“ Assalamualaikum , em Hello ni Datin mariam ke ? “
“ Waalaikumussalam , siapa ni ? Maaf saya dah ada kad keahlian spa . Saya tak perlukan banyak banyak “
‘ amboi mak mentua aku ni , ingat aku ejen spa ke apa ‘ “ Em , datin ni menantu datin . Rania . Isteri Adam . Saya nak mintak maaf pa …. “ belum habis aku menghabiskan kata
tutt tutt talian terputus . Aduhhh takkan lah mak mentua aku marah giler sampai letak phone . Aku tak habis cakap lagi kot .
Aku baru berura ura untuk mengambil tongkat dan bangununtuk kembalikan phone ini kepada tuannya . Aku terus mengangkat
“ Hello …. “ belum sempat aku habis menjawab
“ Ya Allah nia , anak mama . Maaflah tadi battery phone mama kong . Ni guna phone ofis lah ni . Mama nak ucap takziah nia . Mama mintak maaf tak boleh berlama semalam . Papa ada hal urgent dekat kl . Nanti mama free mama datang ya sayang . Nanti nia balik lah rumah mama selalu ya . Susah sangat nak nampak bayang nia dalam rumah mama ni . Nia mama letak dulu lah ya . Sebenarnya mama tengah ada meeting ni hehehehe “ kata mama dengan senafas
“ Uishh mama ni , lain kali kalau meeting tak payah lah susah susah call nia . Sorry kacau mama . Inn syaa allah mama . Tengok la macam mana mama hehe . Okey . Bye . Assalamualaikum mama “ kata aku lalu mematikan talian
Aku bangun , lalu menuju ke dapur . Aku lihat mak longku sedang memasak sambil dibantu jannah dan nana . Mak long merupakan kakak kepada abah . Mak long dan abah sangat rapat sebab itu lah aku lagi rapat dengan mak longku berbanding ahli keluargaku yang lain . “ I CAME IN LIKE A WRECKING BALL “ aku menyanyi lagu menyanyi Miley Cyrus wrecking ball sebaik menjejakan kaki ke dapur . “ Woi bisinglah bangang , kau tak nampak ke orang lain tengah tidur “ kata nana kepada aku . Aku menjelirkan lidah . Tanda tidak puas hati dimarahi .
Adam yang kebetulan baru keluar daripada bilik dan hendak mengambil air ternampak ‘ scene ‘ itu terus menegur “ Jelir lah lidah tu lagi . Cium kang . Baru behenti jelir lidah “ kata adam selamba dan terus berlalu. Aku yang sedang minum air terasa mahu tersembur keluar balik air yang diminum itu . Jannah dan nana serentak memandang ke arah aku sambil terjeling jeling . “ Apa jeling jeling ni hadui . Orang tak tahu apa apa lah “ marah aku . Mak long aku hanya tergelak .
Petang itu , Mak long dan pak long serta beberapa sanak saudara ku yang lain bergerak pulang ke rumah masing masing . Nana juga mengambil keputusan untuk pulang ke keyell petang itu jugak . Kerana keesokan harinya dia ada meeting dengan client penting katanya . Hish menyampah betul . Saja je diorang ni nak tinggal aku dengan mamat ni .
Continue Part 17
|