
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 15
Aku mengigil , aku bertanya pada nana . " Nana , Abah dengan Ibu aku mana ? " . Nana senyap
tidak berkutik . Aku cuba bangun namun wayar yang berselirat di tubuhku menghalang .
" Nana ! aku tanya ni . Jawab lah . Where is my parent " Aku mula memegang tangan nana . Aku mula rasa tidak sedap hati . Aku melihat Mak long berpusing ke belakang sambil pak long mengusap perlahan belakangnya . Aku memanggil nana sekali lagi , namun nana segera keluar dari wad aku . “ Adam , ibu mana . Ibu saya mana . Abah saya mana . I WANT MY MOM AND MY DAD RIGHT NOW “ suara aku sedikit meninggi . Adam terdiam . Aku cuba mencabut segala wayar yang ada di tubuhku . Adam cuba menghalang namun aku tidak menghiraukannya . Ketika itu baru aku perasan sebelah kaki aku sudah bersemen , namun aku tetap ingin berdiri . Aku meminta tolong Pak long untuk mengambil topang ketiak yang berada di kaki katil aku . Pak long menasihati aku agar hanya duduk di atas katil . Aku hanya memekakan telinga , aku gagahkan juga untuk menarik topang itu . Mujur anak buah aku Jannah sudi tolong ambilkan . Aku gagahkan juga untuk berdiri , Adam hanya mengelengkan kepala .
Aku berjalan perlahan ke arah nana yang sedang duduk di kerusi yang terletak di luar bilik aku .
Aku megambil tempat di sebelah nana . Aku menyentuh perlahan bahu nana . Ternyata nana sedikit terkejut . Ada kesan air mata di pipi nana . " Ni...NIA ! apa kau buat kat sini . Masuk cepat . Nanti doktor kau marah " suara nana sedikit bergetar . Aku menarik nafas panjang sebelum bertanya sekali lagi " Nana , Ibu dengan Abah aku mana ? Kalau kau jawab aku masuk balik bilik . Kenapa ibu degan abah tak ada dalam bilik tadi . Kenapa pak long dengan mak long , anak dia si jannah , mak dengan bapak mentua aku , adam dengan kau je ada ? Mana Ibu dengan Abah ? Diorang dah sampai rumah ke ? Kalau diorang dah sampai rumah . aku nak balik lah . Nana , aku nak balik . Nak jumpa ibu dengan abah . Aku rindu diorang sangat sangat " tanya aku senafas .
Nana memegang bahu aku dan menarik nafas sepanjang panjangnya . Nana duduk menghadap aku , ketika nana hendak memulakan bicara , Adam berdiri di belakang aku sambil menunjukkan isyarat kepada nana supaya tidak payah berkata apa apa . Nana tidak menghiraukan lalu terus berkata" Nia , aku nak kau tabah . Ibu dengan Abah dah tak ada . Diorang eksiden masa diorang cuba buat U-turn nak tengok kau dekat hospital. Jenazah diorang nak kebumi petang ni . Janji dengan aku kau akan tabah nia . Tolong janji dengan nia . Kalau kau sayang aku tolong janji nia " Nana kelihatan sudah mengalirkan air mata . Aku mula hilang akal , aku cuba berdiri dengan berpaut pada topang . Adam ingin membantu namun aku menepis tangannya . Aku berdiri di hadapan nana " Nana , dalam banyak banyak lawak . Lawak ni paling tak kelakar kau pernah buat . Kau tipu aku kan nana ? Tolonglah cakap kau tipu aku nana " Aku mula menangis . Nana memegang kepala aku sambil menggeleng beberapa kali . Aku rasa macam dunia aku gelap sangat . Rasa macam dah tak guna aku hidup . Aku menepis tangan nana , aku cuba berlari biarpun kaki aku berbalut . " Aku nak balik rumah sekarang , aku tak kira . Aku nak balik . Bawak aku balik sekarang Nana " Nana sedikit terkejut namun menurut juga . Nana menyuruh Adam menguruskan segala tentang aku . Aku lihat mak mentua aku sedikit tergamam melihat aku seperti orang gila . Aku cuma sempat memandang sekilas mak mentua aku dan ayah mentua aku .
Ketika aku sampai di rumah , aku lihat orang sudah mahu mengangkat jenazah ibu dan abah untuk diletakkan di dalam keranda . Nana menyuruh mereka berhenti seketika . " Saya anak diorang berdua , tolong bagi saya cium wajah diorang sekejap . Saya satu satunya anak diorang , tolong mak cik pak cik " Kata aku dengan suara sedikit sebak . Nana mengusap perlahan belakang aku . " Boleh nak , Sabar ya nak " Kata seorang mak cik . Aku mengangguk perlahan . Aku mencium dahi ibu dengan abah . lama . Selepas itu aku berjalan perlahan masuk kebilik ibu dan abah . Aku menutup perlahan pintu bilik , lalu merebahkan badan ke atas tilam ibu dan abah . Aku tertidur selepas penat menangis .
Adam mengucapkan terima kasih kepada semua orang kampung yang hadir selepas majlis tahlil selesai . Adam berjalan ke arah nana . " Hei nana , Rania macam mana ? dah okey ? " tanya adam " Oh kau , mana lah aku tahu . Lepas aku mandikan dia . Dia terus duduk berkurung dalam bilik tu .Tak nak keluar . Alang alang dah tanya ni . nah ambik kau . Pergi bagi "BINI" kau makan . Dari tadi tak makan apa " Nana menghulurkan dulang berisi bubur ayam dengan air masak kepada adam . Adam berjalan perlahan ke arah bilik arwah ibu dan ayah mentuanya . Ketika adam menolak perlahan pintu bilik itu , adam terdengar tangisan halus rania .
Aku memeluk bantal ibu sekuat kuatnya . Air mata mula mengalir membasahi pipi , namun dibiarkan sahaja . " Ibu dengan abah , kenapa tinggal nia sorang sorang . Kenapa ibu dengan abah tak bawa nia sekali . Nia rindu ibu dengan abah . Ibu , ibu nak tahu tak . Abang adam tak sayang pun nia . Dia sayangkan makwe dia . Makwe dia cantik ibu . Muka macam artis . Hari tu abang adam nangis sebab diorang putus . Ibu , nia tak layak untuk abang adam . Nia tak sepadan dengan abang adam . Nia nak ibu dengan abah . Ibu , abah baliklah . Nia rindu ibu dengan abah . Nia banyak sangat dosa dengan ibu dengan abah . Baliklah ibu , abah . Tak ada siapa nak sayang nia macam ibu dengan abah sayang nia . Balik lah .. " Kata aku sambil memeluk bantal ibu . Adam diam tidak berkutik di depan pintu . Adam meletakkan dulang makanan dia atas meja makan . Lalu keluar .
|