
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 7
Rania masuk ke dalam rumah
, lalu mengunci pintu . Tanpa membuang masa Rania terus terjun ke atas sofa
yang kelihatan sungguh empuk di depan mata . Rania berbaring sambil
memikirkan kejadian tengah hari tadi .
'' Wuhuuu , tidur yang
sangat lena lah aku malam ni '' Kata Rania sambil memeluk bantal .
Ting Tong . Ting Tong .
Malaun mana lah yang
datang rumah time time macam ni . Tak reti tengok masa lah kot .
Rania mencapai tudung lalu
membuka tudung . Adam rupanya . Tapi siapa perempuan dekat sebelah tu . Musykil
ni .
'' Eh , masuk lah . Jangan
malu malu . Rumah sendiri kan ''
'' Oh memang lah i nak
masuk . Ni kan rumah bakal husband i '' Kata perempuan misteri itu seraya
memeluk pinggang Adam hanya tersenyum sambil memeluk pinggang perempuan
itu kembali . Wah ! berbulu mata Rania melihat adegan tu .
Rania tersenyum lalu
mempersilakan dia masuk . Geli ketiak betul lah aku dengan perangai minah ni .
Gedik semacam je . Perempuan misteri itu tanpa ragu ragu duduk di sofa . Lebih
tepat lagi . peha Adam ! . ‘ Apa sajalah perempuan ni ‘ Gerutu hati Rania .
Rania menutup pintu lalu bergerak ke atas .
'' Weh , kau nak ke mana
tu ? Tak nak hidang air ke ? '' Kata perempuan itu lagi
'' Maafkan saya , saya nak
pergi solat dulu . Lepas ni saya turun dan buatkan air . Lagipun saya baru masak
air '' Fuhh . Kau menipu nia . Pijak dapur pun tak lagi . Rania bergegas naik
ke atas .
'' I ikut dia sekejap okey
dear ''
'' Alaa , you nak buat apa
ikut dia . Temanlah i duduk sini ''
'' Sekejap je ''
'' Hmmm , yelahh ''
Adam berjalan ke tingkat
atas .
Rania mencabut tudung lalu
berbaring di atas tilam . Tiba tiba pintu terbuka , Rania segera mencapai kain
tuala yang ada disebelah untuk menutup kepala . Dia agak segan dengan kalau
berhadapan dengan Adam tanpa bertudung .
'' Aku masuk ya '' Kata
Adam lalu menutup pintu
'' Hmm '' Kata Rania
sambil menjarakkan diri dari Adam .
'' Aku nak kau sain ni ''
Kata Adam sambil menghulurkan kertas
'' Apa ni ya? '
'' Kau tak reti membaca ke
? ''
'' Ohh '' . Surat poligami
rupanya .
''Aku nak kau sain surat
ni okay ? ''
'' Hmm , baiklah '' Rania
tersenyum . Lebih tepat senyuman palsu .
Selepas membersihkan diri
dan bersolat . Rania turun ke ruang tamu. Rania menghidangakan air . Lalu duduk
di kerusi ' solo ' .
'' You ni siapa ya dalam
rumah ni ? '' Kata perempuan tadi . Hanani namanya . Orangnya memang cantik .
Tapi bab pakai kurang sikit kainnya . Tapi sesuai lah kot dengan Adam . Bagai
pinang terbelah belah .
'' Hah ? you cakap dengan
i ke ? '' Kata Rania
'' Yelahh , takkan cakap
dengan Adam kot ''
'' Hmm , siapa i ya ? Haha
, kenapa nak tahu ya ? Kalau you nak tahu . I ni menumpang je duduk sini . Kerja
i memang menumpang rumah orang je . Kalau you nak anggap i ni orang gaji pun
boleh '' Kata Rania sambil memberikan senyuman manis . Walhal hati ni dah patah
sejuta .
Adam sedikit tersentak
mendengar jawapan dari Rania . Tetapi dia hanya mendiamkan diri sambil meneruskan
bermain facebook menerusi i pad . ' Keep Cool , Adam '
'' Ohhh , Nanti kalau bila
i dah khawin dengan Adam . You duduk mana ? '' Kata Hanani sambil menghirup air
teh .
'' I duduk mana ? Ulat
bawah batu pun boleh hidup . Ni pulakkan i . Nanti i pergi lah mana mana . Cari
husband kaya ke , Caring , romantik , sweet dan seangkatan dengan nya lah .
Macam you . Mesti macam duduk dalam syurga kan ? Haha '' Kata Rania sambil
tersenyum sinis .
Adam bangun lalu bergerak
ke arah pintu .
'' Eh nak balik dah ?
Kejap ya . Semalam i ada buat kek . Kejap nak bagi sikit ''
Rania bergegas ke dapur
lalu meletakkan kek yang sudah dia potong di dalam bekas . Tupperware lagi . Kelas
kau Rania . Rania lihat Adam sudah turun . Mamat ni tak reti bersabar lah .
Rania mengejarnya sampai ke bawah . Rania mengetuk cermin kereta Adam . Adam
menurunkan sedikit . Rania menghulurkan bekas kek . Selepas Rania memberikan
plastik berisi bekas kek itu pada Hanani . Adam segera menaikkan cermin kereta
. Rania terkejut , nasib tak terkepit tangan . Mujur sempat tarik . Kereta Adam meluncur laju keluar dari
apartment . Hujan hujan pun bawak laju mamat ni . Sampai di luar pondok jaga .
Rania lihat tangan Adam mencampak plastik keluar dari tingkap kereta itu Adam
mencampak plastik itu ke tepi longkang yang berhampiran dengan pondok jaga .
Rania sedikit terkejut ,
lalu Rania berlari untuk mengambil beg plastik itu . Rania hampir menangis ,
melihat isi plastik tu . Hancur luluh seperti bawang dikisar hati Rania pada
waktu itu . Sampai pukul 2 pagi Rania berjaga untuk buat kek coklat itu . Dia
memang bercadang nak beri kek tu dekat Adam pagi tadi . Tapi tak berkesempatan
. ' Sampai hati Adam buang kek aku ' Kata Rania sambil mengesat air
matanya yang mula meleleh . Rania mengutip cebisan kek itu . Mungkin Hanani
bukak bekas tu sebelum Adam mencampaknya keluar . Mustahil benar kalau kek tu
keluar sendiri . Yelah , takkan kek tu ada kaki . Ehh tak bestnya kereta mamat ni . Nak keluar lah . Shiung ( effect bunyi terjun dari kereta )
Selepas selesai mengutip
cebisan kek , Tiba - tiba Rania terdengar bunyi kucing mengiau perlahan . Rania
menunduk sedikit mencari dari mana datang bunyi tu . Sekali sekala main hujan
tak apa lah kot . Tapi kalau ibu nampak ni dah sah sah kena babab .
Ketika Rania sedang menunduk di sebalik pasu bunga yang besar gabak . Dia
ternampak seekor anak kucing yang kesejukan sedang berlindung di bawah pasu
bunga yang besar yang disusun di tepi pintu pagar masuk . Rania mengambilnya
lalu membawa naik ke atas . Rania berjalan perlahan lahan . Memandangkan dia
juga sedang menanahan kesejukan . Main hujan punya pasal . Waktu malam pulak tu
. Memang gila
|