Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 8
Aku membersihkan diri
selepas ‘ seronok ‘ bermain hujan di bawah tadi . Selepas bersolat isyak . Aku turun
untuk membersihkan anak kucing yang ku jumpa tadi . Bulunya lebat dan berwarna
kelabu . Hehe , Aku sudah tahu nak bagi kucing ni nama apa . Greyson . Aku nak
panggil dia grey lah . Sesuai jugak , sementelah aku juga peminat penyanyi
greyson chance tu . I like
'' Hey apasal you buang kek
tu tadi . I pun nak rasa kek orang gaji tu buat . You ni
kejam lah '' Kata hanani
sambil memasamkan muka .
'' You tengok ke dia buat
kek tu ? Mana tahu dia letak racun ke dalam tu ? Kita tak
tahu '' Kata Adam sambil
memandang ke luar
''Mana you tahu ? You
pernah nampak ke dia buat benda macam tu ? ''
Adam tidak menjawab
sebaliknya hanya meneruskan pemanduan .
'' Ahh ! Jem lah pulak .
Asar tak solat lagi '' aku mengeluh
'' Mintak tolong nana lah .
Lagipun minah ni mana kerja hari ni '' Kata aku sambil mengeluarkan
telefon bimbit .
Tutt Tutt Tutt
'' Hello . As'salamualaikum
Nana ''
'' Wa'alaikumussalam . Ya
nia , kau nak apa pepetang buta ni ? ''
'' Aku tak pernah dengar
lagi pepetang buta . Pepagi buta dengan memalam buat pernah lah aku dengar ''
'' Biarlah , sekali sekala
. Kau nak apa ni ? ''
'' Tolong ambikkan anak aku
''
'' HAH !? ANAK ?! sejak
bila kau ada anak ni Nia . Bukan ke kau tak duduk serumah dengan Adam ? ''
'' Woi , maksud aku Grey
lah . Kucing aku tu . Kira anak aku lah tu ''
'' Oh , kucing kau tu ke ?
''
'' Haa , pandai pun .
Tolong ambilkan ya ? Terima Kasih sahabat ku . As'salamualaikum ''
'' Wa'alaikumussalam nia ''
Fuhh , sampai jugak rumah .
Aku terus membuka tudung lalu berlari ke atas . Fuhh , kalah Usain Bolt . Selepas
membersihkan diri , Aku terus bersiap untuk ke rumah Nana . ' Eh , apasal pulak
perut aku ni sakit semacam ' Bekerut muka Aku menahan sakit. Ah , lantaklah .
Aku terus memakai tudung lalu turun ke bawah . Ketika aku membuka pintu
ternampak Adam dihadapan rumah aku sedang bercakap dengan telefon . Hish ,
apasal lah lelaki ni datang sekarang . Serabut betul .
'' Eh , awak . Nak apa ya ke sini ? ''
Adam tidak menjawab . Dia terus berlalu ke arah sofa .
'' Aku nak mintak borang yang aku kasi dekat kau bulan lepas ''
'' Oh kejap ya awak saya naik atas
''
'' Hmm ''
Aku berlari anak naik ke
atas .
'' Haaa ! Jumpa pun . Nak
bagi tak nak . Kalau aku tak bagi nanti mengamuk pulak dia . Kalau aku bagi , alamatnya
bermadu lah aku . Haih , tak apa Rania . Ni semua dugaan untuk kau. Kau ada Ibu
, Abah , Nana dan Grey . Bertenang okey
'' Aku bercakap sendiri
Ketika
Aku sedang menuju ke arah tangga . Tiba tiba , perut aku rasa sakit . Rasanya
mencucuk mencucuk seperti segugut . Aku berpaut pada tangga . Penyakit ' perempuan ' dah datang dah . '
Biasanya pada waktu macam ni Nana yang menjaga sibuk menjaga aku ' Desis hati
Aku . Dia dah arif sangat dah dengan
penyakit ni . Adam yang sudah kebosanan menunggu Rania di bawah . Segera naik
ke atas . Adam terkejut melihat Rania dengan muka yang pucat di tepi tangga .
''
Eh awak , kenapa tak tunggu kat bawah . Menyusahkan awak je naik atas . Maaf ya
. Nah ni kertas yang awak mintak tadi '' Kata Rania sambil tersenyum ke arah
Adam Rania menghulurkan kertas tadi dengan tangan yang sedikit mengigil
kesakitan .
''
Awak . Awak tak apa apa ke ? Muka awak pucat ni . Kita ke klinik ya ? Saya
hantarkan ya ? '' Kata Adam sedikit
cemas
''
Saya tak apa . Awak pergilah , Lagipun nanti makwe awak tahu mati saya
dikerjakan .
Saya
tak apa - apa . Percayalah '' Aku
sedikit pelik dengan kelakuan Adam . Boleh pulak mamat ni
cakap
baik baik dengan aku , siap nak bawak aku pergi klinik lagi . Wah , mimpi indah
lah malam ni . Hehe .
''
seriously , tak apa apa ? Tak apalah . Saya angkat awak masuk dalam bilik okey
? ''
''
Eh , tak payahlah sampai angkat . Awak papah pun dah okey . Kotor pulak baju
awak nanti ''
''
Ikut awaklah '' Kata Adam sambil membantu Rania berdiri . Adam memapah Rania
sehingga ke birai katil .
''
Terima kasih . Err , awak sibuk tak ? Tolong hantarkan saya ke rumah kawan saya
. Kalau
awak
sibuk tak apa lah . Saya pergi dengan teksi ''
Adam berfikir sejenak .
Baru tadi dia baca surat khabar . Ada berita tentang seorang pemandu teksi
dihukum gantung atas
kesalahan membunuh selepas merogol penumpangnya . Adam tersentak .
'' Eh , aku tak adalah busy
sangat . Cepatlah siap . Aku hantarkan '' Kata Adam
'' Kejap ya . Saya nak
masuk toilet sekejap ''
Adam mengangguk .
'' Rumah kawan kau dekat
mana ? ''
'' Dekat taman perdana ''
'' Ohh , yang rumah teres
dua tingkat tu ke ? ''
'' Hmm ''
'' Kau nak buat apa pergi
rumah kawan kau ? ''
'' Adalah . Sibuk je nak
tahu ''
'' Eh biarlah , Aku kan
laki kau ''
'' Tengok lah sendiri nanti
''
Perjalanan dari kawasan
rumah apartment Aku ke rumah Nana mengambil masa 20 minit .
Adam berhenti di hadapan
rumah Nana . Aku sudah pun memaklumkan kepada Nana ,
yang Adam pun ada juga melalui sistem pesanan ringkas . SMS .
'' Awak nak turun jugak or
nak balik terus ? ''
'' Kalau aku balik . Kau
nak balik naik apa ? ''
'' Teksi ''
'' Aku nak turun . Aku nak
jugak kenal kawan kau tu siapa '' Kata Adam sambil mematikan kereta
'' Ikut awaklah ''
Aku memberi salam lalu
memeluk Nana yang sudah sedia menunggu di muka pintu.
'' Jemput lah masuk . Amboi
, laki bini datang . Sweetnya . Minta mintak lah
korang bawak badi ''
'' Badi ? '' Kata Adam
'' Yelaa , badi khawin .
Nanti cepat sikit aku khawin ''
'' Hish , apalah kau ni
Nana . Gatal sungguh '' Aku menampar bahu Nana
'' Haha , Aku gurau je
minum lah air tu ''
'' Kejap lagi aku minum .
Anak aku mana ? ''
'' Anak ?! '' Kata Adam
sedikit terjerit . Tersedak Adam mendengarnya .
'' Oh , kejap ya . Dia ada
dekat atas '' kata Nana sambil naik ke atas
'' Eh , ni sejak bila pulak
kau mengandung ha ? Anak siapa tu ? Kau cakap cepat . Kau jangan
nak malukan keluarga
aku '' Muka Adam sedikit memerah .
'' Anak kucing lah ''
'' Ohh , ingatkan anak
manusia tu ''
'' Hmm . Nanti awak dah
khawin dengan Hanani dapat lah anak yang macam tu'' Kata aku
sambil tersenyum kelat .
'' Nah nia . Dia tertidur
lah . Penat sangat main bola tadi kot '' Kata Nana sambil menghulurkan beg raga
.
'' Okey , nanti aku
pulangkan balik beg raga ni ''
'' Haha , okey ''
'' Saya tunggu awak dalam
kereta '' Kata Adam dengan suara mendatar
'' Okey . Kejap lagi saya
pergi ''
'' Eh , nia macam mana kau
boleh datang dengan Adam hari ni ? ''
''Sebenarnya , tadi aku nak
pergi sorang . Pastu dia pulak tetiba datang rumah nak ambil borang
. Time aku nak bagi dia
borang tu . Tetiba sakit ' perempuan ' aku memunculkan diri . Tu yang
akhirnya aku datang dengan
dia ''
'' Ohh , kalau kita duduk
serumah . Aku boleh jaga kau time sakit macam tu . Tapi sekarang dah tak boleh
Sorry lah ya ''
'' Tak apa , aku kan kuat .
Kau lupa ke ? ''
'' Haha , yelah ''
'' Okeylah dah lama Adam
tunggu nanti bising pulak ''
'' Okey bye '' Kata nana
sambil memeluk aku .
'' Apa yang kau buat kat
dalam tu sampai lama gila ''
'' Saya berborak sikit dengant
dia . Takkan itu tak boleh ''
'' Hmm . Kau jumpa kat mana
kucing ni ? ''
'' Dekat pasu bunga yang
besar besar tu ''
'' Macam mana kau boleh
jumpa dia kat situ ''
'' Malam tu , tengah kutip
bekas kek coklat yang terjatuh tu . Pastu ternampak
lah dia . Saya pun ambik
dan bela bagi mengelakkan kesunyian terlampau . Ada
soalan lagi Encik Adam ? ''
'' Ohh , Hmm . Tak ada ''
'' Awak dengan Hanani dah
berkawan berapa tahun ya ? ''
'' 5 tahun dah kot . Kita
orang kapel lepas grad dari universiti ''
'' Wow , lama dah tu .
Untung Hanani ''
'' Kau ? ''
'' Saya ? ''
'' Kau tak ada boyfriend ke
? ''
'' Tak ada ''
'' Yeke ? ''
'' Betul lah '' Aku
mengusap badan anak kucing kesayangannya
“ Awak minggu depan ibu
balik . Saya nak jumpa diorang sekejap . Sebab diorang ada sekejap je dekat
malaysia “ tambah aku sambil memandang keluar
“ Sekejap je dekat malaysia
? maksud kau ? “
“Nanti diorang ada trip
pergi europe pulak “
“ ooo , okayy “
Mereka berdua terdiam .
Tiada apa lagi yang nak ditanya . Hanya lagu I love the way you lie yang berkumandang mengisi ruang
kereta yang senyap . Rania memilih untuk bermain candy crush kerana malas mahu
berborak dengan Adam .
|