
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 3
'' Nia kau tak apa - apa ke ? Kenapa adam tarik tangan
cepat cepat tadi ? Nasib baik ibu tak nampak kau tahu tak . Kalau ibu nampak
mesti dia sedih dan fikir bukan bukan ''
'' Haha , tak apalah . Aku okey je . Aku bisik kat dia
tadi aku baru makan sambal belacan . Bau pun tak hilang lagi , tak takut bau
lekat dekat tangan ke ? hehe ''
'' Hish , kau ni nia tak baik tau menipu '' . ’ Aku
tahu kau tipu nia . Aku kenal kau ‘ desis hati nana
'' Tak apa , sekali sekala . Dua kali dua kala . Tiga
kali ? kau pikir lah sendiri . Hehehe . Eh , hari ni bersanding rumah aku dulu
kan , yelah sekali dengan doa selamat untuk ibu dgn abah aku kan ? malam
ni aku nak tidur dengan ibu . Boleh ya ? ''
Kata aku sambil bermain dengan jari sendiri .
'' Yelahh nia , nanti aku cakap dekat ibu okey ? ''
Sepanjang masa bersanding , Adam lebih
senang melayan melayan rakan rakannya , kaum kerabatnya , dan kaum kerabat aku
. Dengan aku sepatah haram pun dia tak cakap . Ohh sedihnya . Haha . Aku pun
lebih senang melayan rakan - rakanku dan kaum kerabat ku . Tapi aku sedih lah
jugak , sedara yang paling aku rapat tak datang masa hari yang tak berapa nak
berbahagia ni . Daniel namanya . Berjuta alasan niel bagi . Dia kata
duduk sana main salji lagi best . Ciss , apa punya jenis sedara lah . Tak
pernah nak berkorban untuk aku sikit . Haha , aku ingat lagi masa aku kecil .
Waktu tu aku main dekat sawah bendang dengan niel . Tengah syok main
lumpur tiba tiba kaki aku tersekat .
'' Niel ! Niel ! tolong aku . Kaki aku tersekat .
Tolong tarik aku cepat '' jerit aku . Walhal niel ada dekat depan je .
'' Kau keluar lah sendiri , nanti kotor seluar aku .
Mummy marah ''
'' Woii , mamat . Kau pakai seluar pendek je . Kotor
apanya . tak sampai lutut kau pun lumpur ni ''
Niel diam . Sambil berlalu pergi .
'' Niel ! Niel ! jangan tinggal aku . Aku takut ada
pacat '' Aku mula menangis
'' Wehh , Rania aku pergi ambil tuala dengan air
bersih jelah . Yang kau nangis ni apasal ? ''
'' Eh , mana ada nangis . Habuk masuk mata je '' Kata
aku sambil menyapu muka
'' Yekee ''
'' Hehe , yelah . tak caya sudah ''
Niel diam sambil menarik tangan aku . Ketika
niel sedang mengerah tenaga menarik aku . Tiba - tiba kaki niel pula tersekat .
Aku terjatuh atas niel . Aku segera bangun dan membetulkan rambut . Fuhh
, nasib baik muhrim . Aku menarik tangan niel untuk bangun , dan membersihkan
kaki yang kotor . Selepas itu , aku berlari masuk ke rumah nenek , dan
meniggalkan niel keseorangan . Haha , jahat tak aku . hehe . Niel mengangkat
baldi sambil mulut terkumat kumit membebel pasal aku . Aku hanya tersengih .
hehe .
Aku tersenyum seorang mengenang kenangan masa aku
kecil bersama niel . Segalanya memang seronok .Adam leka berborak dengan Tengku
Musyriz . Sepupunya . Langsung dia tak hiraukan Rania yang kini isterinya .
'' Eh , adam bini kau tu cantik lah . Kulit putih ,
ada lesung pipit lagi . Mata dia bundar lah . Air muka dia pun tenang je orang
tengok''
'' Tenang apa , menyakitkan hati adalah '' Kata adam
sambil mejeling ke arah aku
'' Dia lagi bagus dari hanani ''
'' Mana kau tahu dia lagi bagus dari hana ? kau kenal
dia ke ? ''
'' Haha , wow . Chill bro . Aku gurau je . Hana okey
ke dengan semua ni ? ''
'' Mula mula tu dia melenting lah jugak . Lepas aku
bawak dia pergi pavi . Okeylah ''
'' Haha , okey '' . ‘ sepupu aku ni bodoh ke apa dah sah sah hana ni materialistik . Dah ada
master pun otak kong lagi ke ‘ desis hati Musyriz
Adam tersenyum senang sambil memandang ke langit . Indahnya andai hari ini pengantin perempuannya
merupakan Hanani . bisik hati adam . Bukan adam tidak melamar hana untuk
menjadi isterinya , sudah banyak kali . Namun seringkali sahaja hana memberi
alasan . Adam pula bukan jenis yang
memaksa . Dia redho ajaleh . Walaupun umurnya bukanlah semakin muda . Dia sudah
pun berumur 31 tahun !
|