
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 25
Good News ! ‘ pembeban ‘ dekat kaki aku dah dibuang and now I can walk like normal . Cuma aku kena pergi jumpa therapist lah sebulan dua ni . Ya Allah bersyukur sangat bila semen tu dah bukak . Im freee , boleh shooping . Boleh lepak dengan nana . Hehehe . Another thing , simen tu dah boleh bukak sebelum our first wedding anniversary . Which is beberapa minggu lepas. Tapi sebab aku kena jumpa therapist kan . Terlepas jugak nak sambut first anniversary . Memandangkan misi hati ku tawar untuk terima adam telah pun lama terkubur . Makanya , tersangat wajar untuk aku rasa excited for our first anniversary ( walaupun dah lepas ). Hehe . Tapi sang jejaka tu asyik sibuk je sejak dua menjak ni . Entah entah aku sorang je sambut anniversary tu nanti dengan cupcake cemetot . Choii sangat nia . . . .
Tengah aku khusyuk menaip tiba tiba aku terasa ada dagu bertapak dia atas tudung z and z ku . Aku segera menutup laptop .
“ Apa ni awak . Ni privacy tau . Tak boleh curi curi baca . Dosa “
“ kenapa pulak . Saya ni suami awak . Saya berhak tahu tau . Entah entah awak duduk mengutuk saya dekat situ . Itu tak bagi saya baca kan . Hmm . Okay fine . tak apalah macam tu “ Kata Adam sambil membetulkan tali lehernya yang nampaknya sangat babil pada pagi itu . Hari sabtu pun pakai formal ke . Skema betul lah .
“ Alamak , Encik Adam merajuk ke . Oh no no , jangan risau . Saya sebagai isteri yang baik lagi comel lagi baik hati . Takkan pernah mengutuk awak di blog saya . Saya hanya akan mengutuk awak bila saya duduk dengan mama , nana , iman , haikal dan niel jeee “ kat aku sambil menolong Adam memakai tali leher
“ Bijak sangat kalau part menjawab tu . Nakal betul lah dia ni “ kata Adam lalu menarik hidung aku . Dia nak hidung aku panjang macam pinocchio ke apa
“ Main tarik tarik hidung lagi , saya gigit gigit tangan awak tu . Understand ? . Okey dah siap “ kata aku sambil menepuk perlahan dada Adam
“ Thank you babe “
“ You’re welcome “
Adam terus keluar dari bilik slepas memastikan dirinya kelihatan tampan dan segak . Setelah beberapa nano saat Adam meninggalkan aku sendirian dalam bilik . Adam berlari anak untuk balik ke bilik . Aku yang sedang mengemas katil terpinga pinga . Mamat ni tertinggal barang ke apa .
“ Tertinggal barang ke ? “
“ Yeah , I ada tertinggal barang “ Adam kelihatan seperti sedang mencari sesuatu . ‘ Opss kat sini rupanya “ Kata Adam sambil menunjuk ke arah pipiku .
Aku masih dalam keadaan blur . Apa yang mamat ni maksudkan . Adakah pipi aku juga satu prop kerja dia ?
Chupp ! “ Haa baru lengkap morning I . Okey bye “ kata Adam lalu berlalu pergi
Aku pulak yang terkesima
Tengah hari tu , aku mengenakan knit jumper bewarna kelabu dan puff skirt bewarna pink serta cotton shawl berwarna pink dilengkapkan lagi dengan tote bag bewarna putih tak dilupakan flat shoes . Amboi kaki baru bukak semen . Nak ber high heels dah . Oh no no . Siapa kata kalau pakai tudung tak boleh nampak cantik dan trendy . Selepas memastikan semua sudah kemas , aku menutup pintu bilik . Elok je aku berpusing , aku melihat mama sedang melihat aku atas bawah .
“ Eh mama , nia nak keluar kejap . Nak jumpa Nana , dah lama nia tak jumpa dia . Boleh kan ma ? “ Ha ah , bagus sangat perangai kau nia . Kau dah bersiap baru tanya boleh ke tak nak keluar
“ Dah bersiap baru nak tanya . Hahaha , apalah kamu ni nia . Kamu nak keluar pergi mana ni ? Kamu ni betul ke dah okey . Kaki tu dah okey ? “
“ Sunway Piramid je mama . Mama nak kirim apa apa ke ? Inn Syaa Allah , ma . Nia rasa dah okey . Therapist tu pun cakap nia kena banyak berjalan “
“ Oh okey lah kalau macam tu . Semalam papa kamu bising bising nak makan cake . Kamu tolong beli kek baskin robbins boleh ? “
“ Eh eh , mama . Kenapa pulak papa yang kena , bukan awak ke yang nak sangat makan semalam ? “ Papa aka Dato Ahmad Kasim aka Ayah Adam yang kebetulan duduk berehat dia ruang tamu .
Sepanjang tempoh aku bertopang tu , aku tidur di bilik bawah . Senang nak ke dapur . Senang nak melepak dekat ruang tamu . Adam pulak tidur dekat atas . Aku tak kasi dia tidur dekat bilik bawah . Biarpun Adam dah menawar diri nak dukung ala ala princess kalau aku nak turun bawah . Tak kuasa aku , kantoi lah aku ni berat nanti . Hehehe . Im sorry Adam
“ Ahahaha , mama kantoii . Okeylah mama . Nanti nia tolong belikan ya ? Lambat pulak nanti nak sampai sana . Jem lagi . Nia gerak dulu ya “ aku mencium tangan dan pipi mama
“ Eh , Nia dah boleh bawak kereta ke . Anda yakin ? Ke nak papa hantarkan ? “
“ Eh papa tak payah bersusah lah . Nia boleh drive sendiri . Kesian pulak dekat papa . Lagipun nak lepas gian dekat kereta . hehehe “ kata aku sebelum menyalami tangan papa
“ dengan papa tak nak berlaga pipi ? “ kata papa berjenaka
“ AMBOI PAPANYAAA JANGAN NAK MENGGATAL YA “ laung mama dari dapur
“ Hahaha , gerak dulu ya “ Kata aku sambil menutup pintu
Aku tersenyum riang berjalan ke kereta ford fiesta aku . Aaaaa rindu . Aku terus membuka pintu kereta untuk memanaskan enjin dulu . Sambil tunggu enjin panas tu . Sempat lah aku berselfie dua tiga gambar . Aku terus menutup pintu kereta dan bergerak untuk ke sunway piramid .
“ Nanaaaaa , I miss you so much “ Kata aku sambil memeluk nana
“ Amboi amboi , ingat tak rindu aku dah . Yelah dia kan dah ada laki . Sedih tau kita “
“ Hish , mana ada . Jom jalan jalan . Shooping ! dah lama aku tak merayap ni . hehehe “
“ Jomm , aku pun nak cari baju “
Maka bermulalah sesi merayap
|