
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 19
“ kau ni dah kenapa ? “ tanya Adam sambil mengerutkan mukanya. Aku meng flip kan rambut aku . sambil berkata , tak ada apa apa tanpa memandang wajahnya. Adam mendekatkan mulutnya ke telinga aku , dengan nada berbisik Adam berkata “ ke kau nak aku buat dekat kau juga “ . Aku membulatkan mataku lalu membaling bantal sofa ke mukanya . ‘’ PERASAN ! “ kata aku pada Adam sambil berlalu pergi masuk ke dalam bilik ibu . Adam menghantar Rania ke bilik ibunya dengan kerlingan mata sahaja
Setelah beberapa jam aku duduk melepak dalam bilik ibu , aku keluar . Aku pergi ke bahagian dapur , memandangkan perutku sudah bermain gurindam pak samad . Aku melihat ke sekeliling dapur , aku ternampak sepeket megi . Aku menghampiri , namun malang sungguh nasib ku ini . Bagai jatuh ditimpa bukan sahaja tangga malah juga tingkap pintu rumah tu . PEKET MEGI NI KOSONG AAAAAA !
Aku pergi kehadapan bilik aku aka bilik yang adam duduk sekarang ni . Aku mengetuk perlahan . Setelah beberapa siri ketukan yang agak agak manja macam tu . Aku mengetuk bilik adam dengan lebih kuat , gayanya seperti runtuh pintu bilik tu . Adam keluar selepas beberapa siri ketukan secara brutal yang dilancarkan oleh rania .
“ Apa benda awak ni , kalau orang tak bukak tu . Ada lah hal orang . Tak perlu lah ketuk macam nak runtuh rumah ni “ rungut adam . Aku terkesima kerana adam sedang memakai baju melayu lengkap bersongkok . “ aww aa .. awa …. “ kata aku tergagap . “ Awa awa awa , awa apa benda . Kau terpikat dengan aku eh , yelah . Dah kacak macam ni . Baju melayu aaa “ belum sempat adam menyambung katanya rania memotong “ Aippppppppp ! awak jangan nak perasan ya . Saya nak mintak awak tolong beli makanan lah . Awak ingat awak hensem ke , Pak meon jual ikan tu lagi handsome lah “ kata rania lalu bergerak ke balkoni rumah .
“ Eleh padahal nak cakap aku hensem . Takkan lah dia nak cakap pak meon yang gigi jarang itu kacak . Rabun betul bini aku ni . Huh “ rungut adam ketika dia dalam perjalanan mencari makanan untuk Rania . Ketika adam sedang menunggu pesanannya siap , henset adam bergetar . Hanani nama yang tertera di skrin . Adam buat bodo je . Malah boleh pula di reject call minah tu lalu bermain candy crush .
Aku cuba mengambil tempat di buaian jati milik ibu . Buaian ini benar menggamit memori , menguatkan lagi perasaan rindu aku akan ibu dan abah . Aku meletakkan topang aku di sebelah . Aku mengambil gitar yang dihadiahkan oleh ayah . Aku peluk erat gitar itu . Lama . Aku mula memetik gitar , aku mula menyanyi lagu najwa latif – Carta hati . Aku sering kali menyanyikan lagu ini untuk ibu dan ayah . Ketika di korus , aku berhenti . Aku menangis sepuasnya . Tiba tiba aku rasa bahu aku dipeluk . Aku mengangkat muka aku , aku lihat adam sedang cuba memujukku .
Aku memeluk adam , lagi deras air mataku mengalir . “ saya rindu ibu dengan ayah saya awak , saya dah tak ada sesiapa awak . dah tak ada sesiapa nak sayang saya macam ibu ayah sayang saya . Awak , awak ada mama papa hanani . Saya ada nana dengan grey je awak “ Aku meluahkan segala yang terbuku di hati
Adam terdiam
|