
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 4
Aku menolak pintu bilik
ibu dengan perlahan . Ibu hanya tersenyum melihat aku di pintu dan menyuruh aku
masuk . Aku tersengeh sambil meluru ke arah ibu . Abah sudah tidur nyenyak dia
atas toto yang dibentangkan di tepi katil . Penat mungkin . Haha, kesian abah
dah dua malam tidur atas toto . Aku baring di atas peha ibu sambil mengalihkan
siaran tv . Bilik ibu ada tv woo , siap ada astro lagi . hehe . Ibu mengusap
usap kepalaku
'' Nia , kenapa nak tidur
dengan ibu malam ni ? Sepatutnya nia tidur dengan adam tau malam ni ''
'' Alaa , ibu tak suka ke
nia tidur dengan ibu ? tak apalah kalau macamtu '' Aku mula bangun
'' Haha , wah . anak ibu
dah pandai merajuk dah sekarang . Ibu gurau je , Meh tidur dengan ibu ''
'' Hehe '' Aku tergelak
kecil sambil melihat filem yang ditayangkan di tv . HBO malam malam ni best
jugak woo . Yeay ada cerita How to train your dragon yeayyyyy ! Aku suka
toothless . Comel sangat
'' Kesian anak ibu , macam
mana lah nasib kamu nanti nia . Ibu nampak apa yang adam buat kat kamu masa
akad nikah pagi tadi nia . Ibu nampak , sayang . Ibu diam je , tak nak bagi
kamu sedih . Macam mana lah kamu nanti bila ibu dengan abah pergi mekah '' Desis hati ibu , sambil bermain dengan
rambut aku .
'' Eh , mana pulak
perempuan tu pergi . Masa sebelum aku masuk mandi tadi dia ada lagi . Ni dah
tak ada . Baru nak cakap sikit . Tak apalah , nanti dia masuk aku cakap
lah '' Kata adam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal .
'' Mesej Hana lah . Best
jugak malam malam ni . hehe '' Kata adam seraya mengeluarkan telefon
blackberry-nya .
' Hi , sayang . Rindu you lah '
' Hi Baby , rindu you jugak lah . Bila nak jumpa ' Adam
tersenyum senang melihat mesej yang masuk.
' Bila - bila je .
Besok i dah balik rumah . So lusa kita boleh jumpa lah . Pukul 10 pagi okey ? '
' Haha , okey . Set , Can't wait to see you lah baby ;) Eh
, you text i ni . Bini you tak marah ke ? I thought , Malam ni youre
both First Night :p '
' Dia tak ada . So i text you lah . haha , tak ada maknanya
'
'
Cehh , ikut you lah
lah . Lusa kita jumpa , kita pergi pavi ya ? hari tu i nampak baju blaus cantik
gila . Boleh ya baby . you beli untuk i ;3 '
' Everything for you darling ;) '
' Okey got to go . Lot of work to do , malam ni ada fashion
gala . So , text you later '
'
Okey , bye . See you
later . loveyou :* '
' Love you tooo , muahh ! '
Adam menutup telefon
bimbitnya sambil tersenyum . Adam tertidur selepas jam menginjak kepukul 12
malam .
Adam terjaga selepas
terdengar suara wanita sayup sayup membaca Al-quran . Adam berpaling lalu
memasang lampu meja yang ada ditepi . Dia terus terjaga , lalu masuk ke dalam
bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi . Lalu dia duduk di tepi katil
sambil menunggu aku habis mengaji . Aku menghabiskan pembacaan aku . Kemudian
menyimpan Al-quran di atas rak .
'' Awak dah sembahyang ?
saya bentangkan sejadah untuk awak . Sekejap ya '' Aku bangun untuk ambil
sejadah di dalam almari . Ketika aku sedang mencari sejadah . Adam mebaling
bantal ke arah aku . Terjerit kecil aku sambil mengusap kepala aku yang sakit .
Kalau baling bantal kapas span tak apa lah jugak . Ni baling bantal
kekabu , memang best . Bergegar otak .
'' Tak payah nak tunjuk
baik , mari sini . Aku nak tanya kau sikit ''
Aku bangun dengan perlahan
. lalu duduk di depan adam .
'' Awak nak tanya apa ? ''
kata aku sambil mengesat air mata .
'' Sikit sikit menangis .
Menyampah betul aku , Kau pergi basuh muka kau sekarang . Tak payah nak buat
muka kesian dekat sini . Aku menyampah lah . Pergi , baru nak cakap sikit dah
nangis . Mengada punya perempuan '' Marah adam sambil menolak badan aku .
Aku bangun , pergi
membasuh muka . Tidak pula aku membuka telekung . Kalau bukak telekung lagi
teruk kot kena bantai dengan adam . Dah la rambut panjang . haih .
selepas membasuh muka ,
Aku terus duduk di hadapan adam . Adam langsung tidak memandang muka aku .
'' Awak nak cakap apa tadi
'' Kata aku perlahan sambil memandang ke arah lantai
'' Aku nak tanya kenapa
kau kawin dengan aku . Kau nak rampas harta mak bapak aku ya ? Berapa kau nak ?
cepat cakap '' Adam mengeluarkan buku cek kepunyaan-nya
'' Saya khawin dengan awak
bukan sebab harta ''
'' Dah tu sebab apa ? Kau
tahu tak kau dah hancurkan hidup aku ? Aku tak suka kau . Aku suka hana . Aku
nak kawin dengan dia . bukan dengan kau lah perempuan !'' tengking adam sambil
menolak kepala aku . Aku terkejut ditengking begitu . Aku hanya diam sambil
menahan air mata . Adam memandang aku dengan garang .
mujur ketika itu hanya
nana ada di rumah . Yang lain sudah bergerak ke rumah adam .
'' Nia , kenapa mata kau
bengkak ni ? tak cantik dah lah '' Kata nana
'' Haha , nampak sangat ke
? Aku layan movie jiwang sebelum suruh kau mekap ni . hahaahahah '' kata aku
sambil bermain dengan jari
'' Haha , lawak sangat .
Aku dengar okey apa adam cakap dekat kau tadi . Tapi tak semua lah . Sabarlah
nia , aku sentiasa ada untuk kau okey '' kata nana sambil memandang ke arah aku
'' Nana , aku tak tahu
macam mana nanti aku hidup dengan dia . Patutlah aku rasa tak sedap sangat hati
aku hari tu . Nana , aku ni nampak macam orang gila harta . Jahat sangat ke
muka aku ni ? Aku tak pernah kena tengking macam tu . Hina sangat ke aku ni ?
'' kata aku sambil menangis di bahu nana .
'' Sabar nia , ni semua
dugaan untuk kau . Sabar ya '' kata nana sambil mengusap belakang aku
'' Eh , cepatlah mekap
muka aku . Pukul 9.00 karang nak bersanding dekat dewan pulak . Nanti pelik
pulak ibu tengok muka aku bengkak '' kata aku sambil melepaskan pelukan
nana
'' Haha , okey . Ambik
masa lama jugak ni . Kau pakai mask ni dulu . Bagi hilang bengkak dekat mata tu
''
Aku hanya mengangguk dan
menurut kata nana .
Majlis malam tu meriah
betul . Walaupun hanya sanak saudara terdekat dan kawan kawan rapat adam sahaja
yang datang . Tetapi sanak saudara aku ramai . Walaupun majlis itu nampak
meriah , tapi hati aku tak segembira mereka bayangkan . Tapi aku masih mampu
mengawal air muka . Aku kan seorang pelakon yang hebat . Taraf erra fazira
macam tu . Hoho . Sebelum aku berpisah dengan ibu dan abah , baik aku berkepit
dengan diorang . hihi . Tepat pukul 12.00 malam . Majlis pun berakhir , Tetamu
juga sudah bersurai . Malam tu selepas tetamu sudah pulang , aku berjumpa
dengan ibu dan abah . Sebenarnya hari ni , hari ulang tahun perkhawinan diorang
. Jadi aku sebagai anak yang baik nak bagi hadiah lah . hoho .
'' Ibu , abah . Nia ada
hadiah untuk ibu dengan abah sempenan ulang tahun ibu dan abah ke 27 tahun ''
'' Hadiah apa pulak ni nia
, sepatutnya abah yang bagi hadiah untuk nia '' kata abah
'' Alaa , nia tiap tiap
hari dapat hadiah abah tahu tak . Ibu dan abah adalah hadiah yang terhebat
pernah nia dapat . Ni hah hadiah untuk ibu dan ayah '' Kata aku sambil
menghulurkan 2 tiket melancong ke eropah .
Ibu dan abah terkejut lalu
memeluk aku sambil mengalirkan air mata . Aku tersenyum sambil mengusap
bahu mereka .
'' Ya Allah , Nia . Mahal
sangat hadiah nia ni . Mana nia dapat duit , nak ? '' Tanya Ibu sambil mengelap
air matanya . Abah hanya mengangguk angguk-kan kepalanya .
'' Duit gaji nia lah , Ibu
kan tahu . Nia bukan kerja sebagai PA bos je . Nia bukan PA yang biasa biasa .
Nia PA yang luar biasa . Haha '' Kata aku sambil tersengeh
'' Hish , Luar biasa
apanya Nia ? '' tanya abah
'' Luar biasa macam
superman . hahaha . adalah ibu . rahsia . Don’t worry . Anak ibu buat kerja
yang bersih suci lagi halal '' Tambah aku lagi
'' Ohh , gitu pulak ''
tambah ibu sambil tersengeh
'' macam macam lah kamu ni
nia '' tambah abah lagi .
'' Eh mesti lah . Mana
boleh sia siakan master nia tu . Membazir je nia belajar lama lama dekat uk
kalau macam tu ‘’ kata aku sambil
tersenyum
‘’ Hahaha ‘’ Kata abah sambil tersenyum sambil mencium
dahi rania . lama .
Aku menyalami Abah dan ibu
kerana selepas ini aku akan mengikut adam . Aku mungkin jarang pulang ke rumah
selepas ini . Lagipun dua hari lagi abah dengan ibu nak pergi mekah . Aku hanya
tersenyum sambil bergerak ke arah adam yang sedang menunggu aku di hujung dewan
. Aku melambai lambai ke arah abah dan ibu dengan perasaan yang sayu . Aku rasa
nak je berlari dekat ibu dan abah lalu peluk kaki diorang sambil merayu . Tapi
nan hadoo , dalam otak je lah fikir macam tu .
|