
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 13
Hari ini genap , 10 bulan usia perkhawinan Rania dan Adam . Memandangkan hari ni hari Jumaat . Hari berkerja Rania sedikit pendek hari ni . Rania sudah merancang untuk menyambutnya . Usui Rania menyiapkan kerja . Rania terus mengemas meja dan bersiap untuk pulang . Ketika melalui meja Nana . Rania sempat berpesan agar Nana memaklumkan kepada bosnya bahawa dia sudah bergerak pulang .
" Tolong lah aku Nana . Please ! Please ! " Aku membuat muka comel . Berharap agar Nana cair " Haih , yelah yelah . Mengada betul minah ni " Nana menyerah kalah . Dia memang tak boleh tahan kalau Aku buat muka manja . " Terima Kasih " Aku mencium pipi Nana lalu berlalu pergi . Destinasi pertama aku . Mid Valley ! . Aku memandu dengan sedikit laju . Memandangkan , sekarang bukan waktu jem lagi . Mula mula aku pergi ke Aeon dahulu . Memandangkan aku nak masak tom yam , Ketam masak cili Api dan Ayam paprik hari ni . So , Kena lah cari barang basah dulu . Selepas sudah membeli dan membayar barang . Aku menuju ke arah Secret Recipe . Aku memilih Black Forest . Memandangkan , itu kek favourite aku . Usui membeli kek , aku terus pulang ke rumah . Dan mula memasak ! Cooking Time ! Rania memandang ke arah meja dengan hati yang puas . Selepas menghatar pesanan ringkas kepada Adam . Rania terus naik untuk bersiap dan solat . Rania mengenakan Blouse lengan panjang yang bewarna biru gelap yang sehingga paras betis . Blouse ni pemberian rakan aku ketika aku masih belajar di England dulu . Christina . Christina seorang anak tunggal dan anak yatim . Christina juga merangkap kawan baik aku . Christina bukan lah anak orang senang . Walaupun dia bukan orang senang . Dia bangga dengan ayahnya yang berkerja sebagai penjual buah di tepi jalan . Aku bangga sangat dengan Christina , Walaupun dia orang susah . Dia tak pernah nak tunjuk yang dia tu orang susah . Aku tahu dia orang susah masa aku pergi rumah dia untuk buat kerja yang lecturer kitaorang bagi . Satu hari , pihak universiti ada buat party sempena hari krismas . Formal . Christina mengajak sesorang jejaka untuk pergi ke party itu bersamanya . James . Tetapi James menolak . Masih terngiang ngiang ayat James kepada Christina . " Youre not beautiful enough for me . Look at your face and your cloth . So old - Fashioned . Go Away Looser " . Christina berlari keluar tanpa mempedulikan ayahnya yang sedang menunggu di luar . Meskipun Christina sudah memasuki Universiti . Ayahnya masih tidak jemu menunggu Christina ketika waktu pulang . Baginya , setiap saat nya bersama Christina terasa begitu berharga . Ayah Christina dan aku turut berlari mengejar Christina . Christina berlari menuju ke arah kubur ibunya . Sesampainya aku dengan Ayah christina di situ . Aku hanya berada di luar , Ayah Christina berjalan perlahan lahan ke arah anaknya . Penat mungkin kerana berlari mengejar Christina tadi . Ketika Ayah christina berjalan mendekati Christina . Christina menangis sepuas puasnya di kubur ibunya . Dia menceritakan segalanya yang berlaku di universiti tadi . Dia tidak sedar yang Ayahnya ada di belakang . Ayah Christina yang terdengar segala isi hati anak kesayangannya itu . Terus berlalu pergi , ketika dia lalu di tepi aku . Dia bertanya , Christina suka kan warna apa . Ayah Christina menghidapi penyakit buta warna . Sukar untuk dia mengetahui anaknya suka warna apa . Aku menjawab , Warna biru gelap . Dia terus beransur pergi . Selepas sejam , dia datang sambil membawa sebuah kotak yang besar . Ketika dia hendak melintas jalan . Ada sebuah kereta meluncur laju ke arah dia . Bamm ! . Semuanya berlaku sekelip mata . Christina yang baru sahaja keluar dari tanah perkuburan tempat ibunya disemadikan juga terkejut . |