
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 6
Pagi itu Rania menunggu
nana di pondok jaga yang terletak berhampiran dengan tapak parking kereta . Mr
. Kim namanya . Rania bersembang -sembang dengan jaga sementara menunggu nana .
Pon ! Pon ! , Rania sedikit terkejut . Rania berpaling ke belakang . Nana
rupanya . Rania melambai ke arah Mr.Kim dan mengucapkan selamat tinggal . Rania
bergegas masuk ke dalam kereta nana , memandangkan kami sudah lewat . Hari
isnin dah buat rekod buruk . Memang best kena berleter dengan bos lepas ni .
'' Nana , aku nak cakap
sikit ni '' Kata Rania sambil membetulkan tudung yang sedikit senget akibat
dituiup angin tadi .
'' Apa dia ? ''
'' Aku nak mintak cuti 1
bulan tanpa gaji nanti dengan bos kita nanti ''
'' Uihh , kau nak buat
cuti lelama ? Honeymoon ya ? '' Kata nana sambil tersenyum nakal
'' Honeymoon apa
kejadahnya . Seksa moon adalah . Laki aku suruh apply , sebab dia suruh aku
hias rumah untuk awek dia . Dia cakap dia nak bagi rumah tu dekat awek dia bila
diorang dah kawin nanti . Err.. dan kau jangan bagitahu sesiapa tau tentang hal
ni . Antara kita berdua je okay ? ''
'' Haih , yelah nia ''
'' Hehe ''
Rania mengetuk pintu bilik
encik Idham merangkap bos baru aku . Aku baru sahaja bertukar bos ,
memandangkan bos lama aku dah pencen . Hehe , bestnya hidup . Tak adalah lagi
kena serang dengan datin daun kesum . Fuhh , boleh rosak awning tudung kalau
hari hari serang aku .
'' Masuk ''
'' As'salamualaikum bos . Selamat Pagi ! ''
'' Oh , Rania . Selamat pagi . Ada apa - apa hal ke jumpa saya pagi pagi ni ?
''
'' Ohh , memang ada . Saya nak apply cuti sebulan tanpa gaji boleh tak bos ? ''
'' Tapi , untuk apa rania ? Kalau awak tak keberatan nak bagitahu boleh saya
tahu kenapa ? ''
'' Hal keluarga bahagia bos . Hehe ''
'' Oh , okeylah macam tu .
Tapi saya tak boleh bagi awak cuti 1 bulan . Saya hanya boleh luluskan cuti
tanpa gaji awak untuk 2 minggu je . Awak lupa ke , Kita ada projek mega lagi 2
minggu ''
''Oh , okey . 2 Minggu pun 2 minggu lah bos . Terima kasih ya
bos . Saya keluar dulu '' Kata Rania sambil tersengeh sambil membuat peace .
Encik idham hanya
tersenyum sambil menggeleng melihat perlakuan Rania yang kadang kadang seperti
kanak - kanak ribena .
Tengah hari itu aku keluar
makan tengah hari dengan nana di sunway piramid . Mengidam nak nakan nasi ayam
je kot . Memang hangin Rania dibuatnya . Maklumlah , Rania agak rimas berjalan
dengan kasut kerjanya yang high heel 3 inci ni . Bekerja sebagai setiausaha
kepada seorang usahawan memang memerlukan rania memakai high heel . Jaga image
katanya . Sambil menunggu makanan sampai , Aku menelefon adam untuk memberitahu
tentang permohonan cuti yang dia minta hari tu .
Tutt Tutt Tutt
'' Hello , ya ada apa
telefon aku ni ? ''
'' As'salamualaikum awak ,
Bos saya dah luluskan permohonan cuti yang awak suruh tu . Tapi ''
'' Tapi apa ? ''
'' Tapi untuk 2 minggu je
'' . Wait , Kenapa bunyi macam dia ada dekat dekat area sini je hah ? . Kata
Rania dalam hati .
'' Awak ? awak dengar tak
saya cakap apa ni ? '' Tanya Rania lagi .
Tutt Tut Tutt
Rania sedikit terkejut
lalu menyimpan telefon bimbit aku di dalam beg .
'' Kurang asam punya suami
'' Kata Rania dengan muka yang masam sambil mencucuk cucuk nasi di dalam
pinggan .
'' Eh , kau ni dah kenapa
. Apa salah nasi tu sampai kau buat macam tu '' Tanya nana sambil menghirup air
teh limau .
'' Kau tahu tak ? Time aku
tengah cakap dengan adam tadi dia boleh pergi letak telefon tu time aku tengah
cakap . Kurang .. '' . Belum sempat Rania sambung ayat ayat
terakhir . Adam datang lalu duduk di sebelah aku .
'' Kurang apa ya sayang ?
'' Kata adam sambil memandang ke arah aku
Aku dan nana sedikit
terkejut dengan kehadiran adam secara mengejut itu .
'' Err , kurang . Eh , mana ada saya cakap
kurang . Saya cakap lebih lah . Hish , pandai pandai je awak ni . Kan ? nana
kan ? '' . Kata aku sambil memandang ke arah nana . '' Dah kenapa mamat ni
tetiba muncul kat sini . Misteri nusantara betul lah . Siap panggil aku
sayang lagi . Fuhh , berbunga hati . Tidur lena lah malam ni . Oh , berhenti
perasan lah rania '' Kata Rania dalam hati
|