
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 10
“ Eh , Riz . Kau masuk lah dulu jumpa
papa kau . Aku ada benda nak settle dengan bini aku kejap “ Kata adam
“ Ehh , baru sekejap tak jumpa takkan
dah rindu kot . So sweet “ Kata Musyriz sambil tersenyum nakal . Namun padaku
kata kata aku berbunyi seperti menganjing sahaja .
“ Ha ha ha kepala hotak kau . Dah
pergi masuk sana . Pak ngah tengah cari kau kan ? “ Kata adam lalu menarik tangan rania laju ke
arah pentri .
Sepanjang perjalanannya menuju ke
pentri , terasa panas telinganya . Ini kerana Rania terpaksa mendengar umpatan
makhluk makhluk perasan bagus yang memang anti akan seorang wanita bernama
Rania yang seorang ini . Ketika melalu meja nana , Rania menepuk kuat meja nana
. Sehingga hampir gugur jatung nana dibuatnya . Eh minah kurang asam keping ni sukahati je ketuk meja aku . Rungut
nana dalam hati .
Setibanya di pentri selepas perjalanan
yang dirasakan begitu lama . Adam mengunci pintu pentri selepas memastikan
tiada sesiapa berada di dalamnya .
“ weh , Apasal kau tak bagitahu aku
yang kau kerja dengan pak ngah aku ha ? “ tanya ada dengan muka sedikit merah .
Marah lah kot
“ dah tak tanya . buat apa saya buat
muka tak malu nak cerita . awak bukan ada kat rumah pun . huh “ Aku mendengus
kecil
Eh betul jugak kata
minah ni . “ Emm ,
pak ngah tak tanya apa apa pasal kita kan ? “ Tanya adam lalu menenguk air
mineral yang disediakan di dalam peti sejuk . Fuh memang melegakan hati yang
panas .
“ Tak , lagipun dia mana tahu saya
isteri awak . Dia baru je jadi bos saya kan . Plus , saya kan baru habis cuti 2
minggu yang awak suruh saya mintak tu “
kata Rania sambil memandang keluar
“ Okey aku gerak dulu “ Adam berjalan
laju menuju ke ofis pak ngahnya , ketika melintasi meja Nana , Adam memberikan
senyuman sebagai tanda hormat .
Rania membasuh cawan yang digunakan
oleh Adam . Proper betul mamat ni , teguk aje lah . Ni sibuk nak tuang dalam
cawan . Kan aku yang kena basuh . Haduyai . Selepas selesai urusan mencucinya ,
Rania berjalan keluar menuju ke meja nana .
“ Woi nana , apasal kau tak bagitahu
aku yang Adam tu selalu datang ofis kita haa “
“ Ya Allah Rania , kau sedar tak
tindakan kau menyerbu meja aku gaya gerak khas ni boleh membuatkan aku K.O
serta merta tau . Aku ni dah lah tak kawin lagi . Haih “
“ Ehehe , sorry . As’salamualaikum
cik nana adrisya sayang “ kata rania sambil tersenyum comel macam tu
“ Wa’alaikumussalam Puan Rania “ kata
nana tanpa memandang muka rania
“ Miss please . Aku masih vogue okay
and in fact aku tak ada anak okeyyy “
“ Hehehe . Tak lama lagi mesti ada .
Ohhh so sweettttt “ kata nana sambil tersenyum nakal
“ Hish kau ni “ kata rania sambil
menampar bahu nana
“ Aku gurau je lah “ Kata nana sambil
tergelak . Ketika Rania baru berura ura menuju ke tempatnya kembali . Terdengar
beberapa suara sumbang menyindirnya .
“ Ek eleh . Ingat baik sangat . Pakai
tudung segala . Tapi perangai macam pelacur je “ Tutur Sherry yang membenci
Rania sejak zaman sekolah menengah lagi kerana Rania membuatkan abang angkat
kesayangannya menolak cintannya . Mengarut sungguh , sudah beberapa tahun kisah
itu berlalu . Namun dendamnya tidak terpadam . Tak faham sungguh Rania .
“ Tulahh , jalan pegang tangan bagai
. Dengan anak dato pulak tu . Dah jadi perempuan simpanan kot . Cabut jelah
tudung tu . Buat semak je . “ Tambah Nani yang juga membenci Rania . Kerana
sebelum Rania mula masuk berkerja ke syarikat ini . Nani memegang jawatan P.A
itu . Namun selepas Rania diserap masuk
. Nani terpaksa berpindah ke department lain .
Apa dia buat di aras ini pun Rania tidak pasti .
Rania menunduk . Empangan air matanya
mula pecah . Nana sedikit terkejut akan kelancangan mulut Sherry dan nani
berkata . Nana bingkas bangun untuk membalas balik kata kata nista yang
dilemparkan oleh sahabat bersua itu namun dihalang oleh Rania . Rania
menggeleng perlahan .Ran
ia tersenyum lalu bergegas pergi ke mejanya kembali . Kenapalah kau baik sangat Rania . Kalau bukan sebab kau , dah hancur muka betina dua orang tu keluh nan dalam hati .
Sampai di tempat duduknya , Rania membiarkan air matanya terus mengalir . Rania melihat ke arah telifon bimbitnya . Ohh minggu ni tak telifon ibu dan abah lagi lah . Rania segera mendail nombor bilik ibu dan abahnya . Sekurang kurangnya seminggu sekali Rania pasti akan menelifon mereka untuk bertanya khabar . Kadang kadang mereka berskype .
tutt tutt tutt
“ As’salamualiakum , anak ibu ke ni ? “ Suara ibu kedengaran di corong telifon bimbitnya
“ Alaaaa ibu ni , tak boleh surprise sikit . Tahu tahu jee . Wa’alaikumussalam ibu , abah . Puteri Rania kesayangan ibu dengan abah lah ni tengah bercakap . Puteri ibu dan abah yang paling cantik menarik kau memang debomm “ Rania berkata sambil tersenyum . Hilang terus kedukaan yang menyinggah di hati tadi .
“ Hahaha , perasannya anak ibu ni . Rania sihat ?Ibu dan Abah dekat sini pun sihat je . Alhamdullilah . Ibu adabeli banyak barang untuk Nia . Jubah , kain sembahyang , tudung haaaa . Eh lupa pulak nak tanya . Menantu ibu sihat ? Abang Adam sihat ?
“ Alaa , susahkan ibu je . Tapi Thank you ibu . Muahhhhh sayang ibu .Nia sihat . Abang Adam ? Aaa ….” Belum sempat Rania menghabiskan kata kata . Samsung Galaxy s3 kini sudah selamat mendarat di tangan Adam .
“ Adam sihat ibu , abah “ Adam menjawab . Gayanya seperti menantu mithali sahaja . Menyampah pula Rania dibuatnya .
“ Eh , kamu ada Adam . Kamu berdua tak pergi kerja ke hari ni ? “ Terdengar suara Abah di corong telifon
“ Tengah bekerja lahni abah “
“ Adam bagila saya nak cakap dengan ibu dan abah saya “ Encik Harris sedikit terkejut mendengar suara anak kesayanganya yang sedikit menjerit
“ Nak , ambil lah sendiri “ Acah Adam . Sambil menghayunkan telifon Rania dia atas kepalanya
“ Adam , ibu dan abah nak pergi tempat lain dah ni . Tak memasal kena tinggal pulak nanti . Nanti cakap dekat Rania , besok abah telifon lagi “ Encik Harris bersuara sekali lagi .
“ Okey , Bye Abah . As’salamualaikum “ Kata Adam lalu mematikan talian .
“ Nah ambil balik “ Adam menghulurkan telifon samsung s3 ke arah tuan empunya kembali . Aku tergamam . Kurang asam keping punya laki eeeeeeee bencinya
“ Awak .. awak ni jahat lah ! susah tau nak call ibu dengan abah . Saya bukannya nak berkira sangat , tapi at least bagilah saya cakap I love you ke apa dulu dekat diorang . Awak ni eeeeee eeeee “ Aku menggenggam tangan berura ura ingin menumbuk adam . Namun mengharapkan ofis ni bukan bapak aku punya . Aku terus mencapai handbag aku lalu bergegas keluar . Mujurlah jam sudah menunjukkan pukul 5 .
Fikiran Adam agak kelautan hindi selepas kejadian sebabak tadi . Adam lebih banyak merenung ke siling bilik pak ngahnya yang serba putih itu . Teruk sangat ke aku usik dia tadi . BAMM ! bunyi meja diketuk dengan sepenuh hati jiwa raga . Aku tersentak . Nasib baik tak termelatah macam bibik dekat rumah mama
“ Jauh mengelamun Adam ? ” Tegur Tan Sri Idham aka pak ngahnya
“ Jauh apanya Pa . Bilik sebelah je “ Sengeh Tengku Mushyriz
“ Eh kau ni memandai je Riz “ Kata akusambil tersengeh sengeh
“ Habis tadi bunyi apa . Riuh rendah kemain bunyinya tadi . Samapai bilik pak ngah ni haa boleh didengarnya “ tanya pak ngahnya
“ Adam gatal tak bertempat pa “ jawab Tengku Mushyriz
“ Aduhai kau ni , kalau aku nak menggantal dengan dia sekalipun . Aku takkan mencemarkan kesucian ofis pak ngah kau ni lah “ jawab aku sambil tergelak gelak
“ Hahaha , kamu ni . Jaga Rania tu elok elok Adam . Dia tu lemah lembut sangat , baik pun asa jugak . Kadang kadang baik sangat sampai selalu kena buli dengan rakan sepejabat dia . Lagipun dia tu lawa jugak pak ngah tengok . Muka lembut je , senang hati pak ngah tengok. Kalau dia tak bernikah dengan kamu , mahu pak ngah jodohkan dengan Mushyriz ni haaa . hahahaha “ kata pak ngah sambil membelek paper work
“ Papa lah lambat masuk meminang . Kan dah terlepas lagi seorang wanita melayu terakhir “ Tambah Tengku Musyriz sambil tergelak gelak
|