
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 27
Pagi itu aku bangun seawal pukul 6 pagi , semangat nak tengok bilik special tu . Adam pulak main lambat lambat bangun . Setelah aku mula membebel baru lah Adam bangun . Aku mengenakan maxi dress dengan cardigan . Semangat aku nak tengok bilik tu , walhal kitaorang kena check in pukul 8 . Kitaorang bersarapan dahulu memandangkan jam baru menunjukkan pukul 7:20 . Menjelang pukul 8 , aku dah pun tercongok dekat lobi . Tunggu disuruh check in je .
Setelah mengetahui yang kami akan menginap di Impiana Private Deluxe Pool Suite selama 3 hari 2 malam . Aku sangat excited , sebab ni lah masa yang sesuai nak pakai semua dress pendek yang aku beli nak pakai bikini buat silang panggung tepi pool pun boleh dah namanya pun PRIVATE okey .
Sampai je di bilik . Aku terdiam pegun . Adam pula hanya beriak biasa seperti tiada apa yang menarim yang berlaku . Aku menarik lengan baju Adam .
“ Awa .. awa .. awak “
“ Eh , you ni dah kenapa . Tiba tiba diam , tadi bukan main talkative lagi . Sampai saya nak menyampuk pun tak sempat tau … “
belum sempat Adam menghabiskan ayatnya , aku memeluk dia dari belakang
“ I love this place so much . Thank you for bring me here “
“ Wah , tak sia sia I bawak you datang sini . Dapat free hug senang senang . Kalau sebelum ni , nak sentuh pun bukan main garang . Kalau boleh nak kerat tangan I ni “
“ Amboi , mengada betul “ aku melepaskan pelukan dan begerak ke porch . We have our own private pool just outside the room overlooking the Andaman sea is breathtaking . The views are incredible . Aku rasa sangat teruja sehingga aku memerlukan dua orang menampar aku secara serentak untuk memberitahu aku , bahawasanya ini bukan mimpi .
Memandangkan sekarang lightning sangat sempurna aku terus mengeluarkan phone untuk berselfie . Sedang sibuk mencuba segala posisi yang mampu membuatkan aku kelihatan menarik . Tiba tiba ada satu suara yang sangat sumbang
“ Perempuan ni memang kaki selfie ke macam mana ? “
“ Hek eleh , awak dengki ke macam mana “
“ Please lah “
“ Yelah tu “ kata aku sambil melihat kembali gambar yang aku tangkap . Aku baru teringat yang aku ada beli kamera polaroid . Terus aku masuk kembali ke dalam bilik .
Adam yang sedang sibuk mengambil gambar pemandangan menggunakan dslr memandang aku pelik . Aku terus mengeluarkan kamera polaroid .
“ Awak jom ambil gambar . Boleh buat kenangan “
“ Tak nak lah “
“ Jom lah “
“ dah tua ni malu lah nak berselfie “
“ Tua apanya , baru 33 . Muka awak masih hensem menawan awet muda lagi . Jom lah “
Setelah digesa beberapa kali . Akhirnya Adam mengalah , sempat juga aku mengambil gambar kami berdua menggunakan kamera iphone nya
Dari porch sehingga ke dalam bilik air aku mengambil gambar . Bukan senang nak datang sini , setiap inici aku ambil gambar . Jamban pun aku ambik . Tak post dekat instagram je
Setelah puas mengambil gambar , baru lah aku mengemas barang . Aku baru ber ura ura hendak membuka tudung . Semalam pun aku tidur bertudung , dah macam ibu ariani dalam drama indon tu dah . Sanggup aku berlama dalam bilik air untuk mengeringkan rambut aku . Melihatkan baju yang aku bawak , semuanya tahap seksi seksa kecuali baju nak buat berjalan . Tak kan lah aku nak pakai dress , lepastu pakai tudung . Tak ke nanti orang cakap aku meroyan . Bodohnya kau nia , kenapa kau tak terfikir dari awal benda ni . Lama jugak aku duduk termenung di tepi beg tu . Sehingga Adam naik heran
‘ Bini aku ni gila ke . sekejap happy , sekejap murung . sekejap banyak cakap , sekejap bisu terus . Bipolar ke apa ‘ desis Adam dalam hati
Adam duduk di birai katil . Meneliti setiap inci muka Rania yang tengah berfikir . Apa benda lah yang difikir sampai bekerut kerut muka . Come to think it , kenapa dia ni tak pernah buka tudung depan aku . Bukan ke boleh ? Aku kan suami dia .Aku ada hak nak tengok . Sepanjang duduk serumah dengan di ni . Serasanya sekali je aku pernah tengok rambut dia . Tu pun sekali tu je dan curi-curi tengok . Adam mengeluh . Hatinya meronta hendak melihat rambut Rania .
Aku menarik jarum yang terselit di tepi kepala . Lepastu aku cucuk balik . Lepastu aku tarik balik . Nasib baik tak tercucuk kulit kepala . Aku langsung tak berani untuk mencabut tudung aku apabila berhadapan dengan Adam . Selepas peristiwa dia tarik telekung aku sebab marah aku kawin dengan dia . Cuba bayang kalau dia tarik rambut aku yang panjang ni . Sekalipun aku pakai shampoo Loreal yang yang mengiklankan rambut kuat dari akar hinngga ke hujung , tarik rambut is serious bussines yaw . Nak tambah sedap lagi , time dia nak kawin dengan Hanani tu . Makhai , bertambahlah sebab kenapa aku tak nak tunjuk rambut aku dekat mamat ni . At least kalau dia ceraikan , aku masih mahal seperti anak dara yang belum berkhawin . Walaupun memegang status janda . Janda hot macam che ta gitu . Patut ke aku maafkan dia , dan lupakan segala kesalahan yang lalu dan bukak buku baru . Oh Rania , kenapalah kau suka brainstorm last last minute macam ni .
Sedang sibuk brainstorm tiba tiba phone aku begetar . Oh dah masuk zohor . Bagus orang yang cipta apps ni , memudahkan orang yang suka travel . Dekat tempat orang ni , susah lah sikit nak cari masjid . Tak payah cucuk batang kayu dah nak tentukan dah masuk ke belum waktu solat . Sesuai sangat lah tu , baik aku pergi solat tenangkan hati . Aku terus mencapai kain telekung aku dan masuk ke dalam bilik air .
Ketika aku mebentangkan sejadah , untuk menunaikan solat . Adam menahan aku , aku menjongket kening untuk menyampaikan mesej ‘ kau ni dah kenapaaa ? ‘ . “ Saya nak solat dengan awak , kita solat jemaah . Tunggu kejap ya “ Adam bergerak ke bilik air . ‘ eh sejak bila mamat ni start sembahyang . Astaghfirullahalazim nia , boleh pulak kau tanya macam tu . Syaitan banyak ni dekat hati ‘ ‘ tapi betul lah , sejak bila start sembahyang ‘ ‘ Just go with the flow okey ‘
Masih terngiang ngiang di telinga Adam pesanan ustaz yang selalu memberi ceramah di ofisnya . Selalunya bila part time ceramah petang jumaat tu . Memang Adam akan angkat kaki awal awal . Biasanya dia akan melepak dengan Hana atau kawan kawanya yang lain . Papanya sering mengadakan ceramah setiap petang jumaat untuk semua staff staffnya di surau . Sejak bila lah si Adam ni nak pijak surau pejabat dia tu . Namun sejak beberapa bulan ni , Adam rajin pula menjejakkan kaki ke surau pejabatnya . Staff ofis tu kalau boleh nak histeria bila nampak Adam masuk surau ofis . Lagi over staff perempuan
|