//moon light

Disclaimer
You've visited to your another nightmare .
Do tag before leave my blog.
Please don't COPY anything without my permission!
if you want anything just ASK.
thanks for coming here


The Big Boss


HELLO WORLD my name is puteri Afiqah yada yada. I'm from planet pink . my age is under 18. i like to eat ! and proud with myself bcs i awesome as heck

FOLLOW Dashboard




Say Hello here !

Flying back







Au Revoir , Love ; Part 24




Pagi itu aku bangun , setelah menunaikan solat dan membersihkan diri . Aku terus membuka phone , 15 miss call . Setelah memastikan rambut aku kering . Aku terus mencapai tudung syria , lalu keluar untuk bersarapan . Ohh adam tak ada . Pergi jogging lah tu . Setelah menghabiskan sebungkus nasi minyak . Aku terus bergerak ke bilik paling hujung . Abah buat bilik tu sebagai bilik membaca . Bukan sahaja boleh membaca, malah boleh tidur juga dalam bilik tu . Tapi kebiasaanya aku tidur je lah dalam bilik tu . Dah lah sunyi , sejuk pulak tu . Karpet pun tebal , tenggelam kaki aku kalau pijak karpet tu .

Aku mengambil tempat di atas sofa . Huwaa lama tak lepas atas sofa ni . Aku terus membuka plug lalu meng on kan laptop acer aku yang berwarna pink dan putih . Layan Facebook dulu lah . Mesti dah mati pet pet aku . Lepastu baru update blog . wahahaha . Heaven . 

Adam sedang berjoging di sekitar kawasan rumah arwah mak mentuanya . Lawa jugak kawasan ni . Best jugak berjoging tepi tali air ni . Tak sia sia aku keluar berjoging ni . Orang kat sini pun lawa jugak . Patut lah ramai orang kata , orang kelantan ni jambu air . Mula  mula susah jugak nak faham . ni dah berjogging tahap baju boleh perah ni baru faham . Aku berjalan anak menuju ke rumah . Setibanya di rumah aku terus membuka pintu selepas memberi salam . Hmm , tak bersambut . ‘ apa ko expect adam , nia sambut kau ? Berangan ajelah kau . selama ni pun kau layan dia macam wujud tak wujud je ‘ .  Aku terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri . Tak tahan berlengasnya ni . 

Setelah membersihkan diri . Dengan hanya berseluar trek aku keluar menjenguk ke ruang tamu . Eh tak ada , takkan minah ni tak bangun lagi kot . Check bilik pulak . Eh tak ada jugak . Dapur ? tak ada jugak . Guest room ? tak ada jugak . Alamak mana bini aku ni !


Ketika aku sedang mengupdate blog aku . Tiba tiba ada skype call . Aku accept jelah . Aku tidak menghiraukan niel yang sedang face to face dengan aku secara maya ni . Buat tak wujud je .

“ Nia , I’m sorry okay ? ‘’

Aku buat tak dengar aja . Malah masih sibuk menaip

“ Please nia , don’t ignore me “

“ Aku betul betul mintak maaf nia . Sorry lah . Aku busy “

“ Nia please . Jangan buat aku rasa bersalah “

“ Nanti aku balik Malaysia kita pergi sunway sama sama main ice skate ya ? “

“ Eh buat apa , sibuk sibuk nak balik Malaysia . Pergi jelah duduk kat sana tu . Kan lagi best main salji kat sana “ aku memulang paku buah keras kepada niel

“ Nia please jangan macam ni . I’m sorry for your lost okey . Aku tak dapat nak balik . Lagipun aku baru dapat tahu dari mama aku “


Daniel merupakan anak mak su aku . Mak su merupakan adik abah aku . Dia berkhawin dulu sebelum abah aku berkhawin . Dia berkhawin  dengan anak kacukan mat saleh masa tengah study . Hasilnya , rupa daniel more to caucasian . Kalau aku cakap dia sedara aku , mesti ramai cakap aku penipu .

“ babe im sorry okay “

“ I’m sorry . your words mean nothing to me anymore . Au revoir “  kata aku lalu menutup laptop . 

Sedang elok aku hendak membaringkan badan aku . Tiba tiba pintu dibuka , amboi dramatik betul . Kepala adam terjengul di pintu 

“ Oh my God , you dekat sini rupanya . Puas I cari you tau “ kata adam penuh lega

“ saya faham lah awak cari saya . tapi TOLONG LAH PAKAI BAJUUU “ kata aku sambil membaling bantal kecil yang ada atas sofa itu

“ ops ops sorry , tak payah lah main balik baling bantal . Takut tergoda lah tu . Huh “ kata adam lalu keluar dari bilik itu

“ Eeeyyyyy perasaan tahap langit ke 7 lah lelaki ni . Hish “ . ‘ tapi lawa juga body dia tadi ( hello , six pack okey ) ‘ kata aku sambil meneruskan misi yang tertangguh . Nap time !





Pagi ahad , itu kami bergerak ke rumah mama . Aku telah menelefon nana dan memaklumkan yang aku akan tinggal di rumah mak mentua aku untuk sementara waktu dan mungkin susah untuk berjumpa dengannya memandangkan keadaan kaki yang serasanya kalau pijak papan . Papan yang patah dan aku masih boleh buat muka rilek . tenang macam iklan nescafe tu . Aku terasa amat bersyukur , mama dan papa menerma aku seperti anak mereka sendiri . Hubungan aku dengan adam juga semakin baik . Namun aku masih mahu bermain tarik tali . Play hard to get gitu .





Continue Part 25