
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 17
Aku termangu sendirian di bahagian beranda rumah aku . Aku melihat ke arah sepasang buaian buatan sendiri yang masih tergantung teguh lagi utuh di pokok yang aku sendiri tak tahu nama apa . Buaian itu abah buat untuk aku , semasa aku umur 8 tahun . Kira memang buaian ni memang tempat port paling best lepak lah .
Melihatkan apa yang berlaku , sejujurnya hati aku sudah perit untuk menerima Adam kembali . Aku merasakan semua yang berlaku adalah semuanya kerana Adam . Tengku Adam Iskandar . Si nasi kandar . Namun aku juga berasa longlai mengingatkan balasan menjadi isteri yang derhaka . Aku terasa begitu buntu . Ohh ku buntu buntu apakah semua kebuntuan ini aku menyanyi kuat . Aku hanya berhenti menyanyi sementelah aku terasa seperti ada seseorang yang meng sengkeh kepala aku .
“ kau ni apahal ? ku buntu ku buntu “ marah Adam terhadap aku . Aku memberikan pandangan semi-menakutkan kepada adam . Malangnya adam tidak berasa takut malah ketawa terbahak bahak seperti kakinya digeletek oleh manusia halimunan . Setelah beberapa ketika dia gelak , dia pun duduk di tepi kaki aku . Aku mengangkat kening tanda tidak faham , sintuasi apakah ini ? Mengapa adam tiba tiba baik seperti seorang kucing yang manja . meow meow .
“ Kau cakap lah kat aku kenapa kau terbuntu buntu ni ? “ Kata adam sambil bermain iphone 5 nya . Aku mula lah membuka sesi bercerita-semua-benda-dengan-satu-nafas . Namun kelihatan Adam lebih khusyuk menscroll carta business nya . Eh kurang asam jawa punya laki , sudahlah suruh aku cerita . Bukan dengar pun . Merobek jiwa lara betul lah kata aku di dalam hati . Melihatkan adam begitu sibuk dengan phone berbanding mendengar kisah sedihku . Aku bingkas bangun untuk menonton televisyen .
Daripada aku sakit hati melayan karenah adam yang bukan sahaja buta hati malah pekak pula telinganya . Harapkan hensem saja , huh . Mengomel aku di dalam hati . Cerita korea kegemaran ku sudah hampir mula siarannya . Kim Soo Hyun , Im coming for you oppa !! . Seduduknya aku di depan tv , aku terus menukarkan siaran tv kepada kbs. Lagi beberapa saat cerita fevret aku hendak mula . Adam duduk di sebelah aku , lalu tanpa segan silu berbekalkan muka cap tuperware nya , Adam menukar siaran . Oh My Gucci WHYYYYYYYYYY ?!
“ Encik Adam yang muka tempayan , Can you please . Leave me alone . and stop disturbing me . Can you ? “ tanya aku dengan nada paling lembut dibuat buat
“ I’m sorry I can’t hear you . What you say again my little lady ? “ Jawab adam sambil bermain menukar siaran tv . Gaya seperti tv ini dia yang beli . Eeee , geramnya . Tumbuk karang .
“ OMG , talking to you is so exasperating ! “ kata aku sambil bangun dan beredar ke bilik b
acaan aku yang terletak agak di ‘ hujung dunia ‘ . Kadar kelajuan berjalan menggunakan tongkat ini tidak dapat aku nafikan bahawasanya kalau aku lawan dengan siput pun , aku kalah . Ini yang buat aku rasa seperti hendak menangis ni . Aku berjalan dengan kelajuan maksimum sambil cuba untuk mengelap air mata . Bahananya , aku jatuh di ruang tamu yang terletak tidak jauh dari ruang tempat aku bertekak dengan adam tadi .
Adam yang sibuk mencari siaran yang best , terkezut mendengar bunyi jatuh . “ Ya Allah Rania ! “ kata Adam sambil berlari ke arah Rania yang sedang mengaduh kesakitan .
“ Yang kau ni jalan banyak banyak ni kenapa . Duduk jelah setempat . Tak boleh ke ? “ bebel adam
Aku memberi pandangan tajam terhadap adam
|