
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 21
“ IMANNN “ Jerit aku setelah melihat muka iman di muka pintu . Oh juga tidak ketinggalan suaminya si Haikal dan si hero idlan yang sudah tertidur di dukung papanya . Aku menjemput mereka sekeluarga untuk masuk ke ruang tamu . Anak mereka yang kedua , Uwais yang aku anggar berumur dalam 1 tahun 2 bulan juga tertidur . Penat mungkin . Kl ke Kelantan bukan lah dekat seperti dari Selangor hendak ke Negeri Sembilan .
Adam masuk ke dalam bilik lalu membawa keluar comforter dan beberapa bantal kecil sebagai alas untuk si kecil berdua itu tidur . Walaupun berulang kali iman dan haikal kata tak payah . Namun Adam berdegil juga . Caring juga Adam nih . hehehe . Bangga kejap di dalam hati ni . Naik saham gituu .
Adam bergerak ke arah aku lalu berbisik kepada aku . Menyatakan yang dia nak keluar beli kuih sikit untuk tetamu . Aku mengangguk perlahan . Adam keluar selepas bersalaman dengan Haikal dan melemparkan senyuman ke arah iman . Tak boleh bagi senyuman yang manis , nanti kena headlock dengan Haikal .
“ Eh korang datang sini naik apa ? “ . Rasanya di luar tadi aku tidak nampak bayang bayang kereta mereka . Aku hanya nampak bayang bayang kereta Audi Q7 Adam dan Toyota Harrier Arwah Abah dan Ibu .
“ Kita orang naik teksi hahahaha , sebab semalam kabut nak datang tengok kau . Lepas kitaorang terjumpa Nana semalam dekat Jusco . Lepak kejap dengan dia . Dia pun bukak cerita yang kau accident kebabom laksana jiwa dan badan juga hancur berderai gitu . Kitaorang terus ambik flight nak ke kelantan . Ini haa bebudak dua orang ni tertidur . Penat sangat lah tu . “ Tambah Iman . Hiperbola sangat ayatnya . Dah lah senafas pulak tu .
“ Hahaha , aku lupa nak kasi tahu kau haaa . Tak payah nak sastera sangat lah ayat tu . Menyampah pulak aku mendengarnya . Amboi sampai catch flight . Terasa dihargai pulak diri ini “ Kata aku berjenaka
“ Adam pergi mana Nia . Kau ni Apasal kurus semacam . Macam jerangkung dah aku tengok kau ni btw family aku and family minah sewel ( he refer to iman ) ni kirim salam and ucap takziah dekat kau “ Kata Haikal
“ Entah kau ni , aku ingat dah kawin ni naik lah sikit badan . Ini tak kemain kerempeng aku menengok badan kau ni . Ke ada apa apa dalam perut kau tu“ Tambah Iman sambil tergelak gelak
“ Amboi engkau , memang ada benda pun dalam perut aku ni . Tahi makanan semalam haa . ahahaha “
“ Tak senonoh lah kau ni Nia ahahaha “ Gelak Haikal
Adam berjalan ke ruang tamu sambil menatang dulang . Boleh terkejut aku . Bila entah mamat ni balik , Tak perasan langsung . Malu jugak , sebab sepatutnya aku yang ada kat dapur . Buat Air , tapi memandangkan keadaan kaki yang tidak mengizinkan . Maafkan isterimu ini wahai Adam .
Adam meletakkan dulang di atas meja . Dia tersenyum lalu meletakkan , White Coffe di hadapan Haikal dan Lemon tea di hadapan Iman . Dan meletakkan sepinggan croissant dan sepinggan nugget untuk anak anak Iman dan Haikal . Lalu dia meletakkan dulang di tepi dan mengambil tempat di sebelah aku . ‘ Thank you ‘ bisik aku ke telinga Adam . Adam tersenyum lalu merapatkan bibirnya ke telinga ku . Aku ingat nak cakap you welcome ke apa . Cupp ! Adam dengan selamba badak je pergi cium pipi aku di hadapan Haikal dan Iman . Haa , kan dah ternoda kesucian pipi aku tu . “ Tu kira upah ya sayang “ Kata Adam sambil mengigit croissant yang dihidangkan . Tak malu betul , hidang kat tetamu dia pulak yang makan .
Iman dan Haikal buat tak nampak sahaja , walhal Iman sudah hampir menyembur air lemon tea tu tadi ke muka aku . Memandangkan aku duduk berhadapan dengannya . Iman memulakan perbualan .
“ Bila kau nak bukak kaki kau ni haaa nia ? “ kata iman sambil mengigit nugget
“ Doktor cakap lagi 2 bulan setengah baru boleh bukak . Lepas tu ada lah bebrapa follow up treatment . Jenuh jugak . Tak memasal aku duduk rumah je 5 bulan ni “ kata aku sedikit kecewa
“ Kira dugaan lah tu Nia haa “ kata iman sambil tergelak gelak
Idlan terjaga kerana terdengar suara Iman dan Rania gelak . Dia berjalan ke arah Adam , mungkin dia ingat Adam itu haikal . Memandangkan Haikal pergi ke toilet . Adam sedikit terkejut kerana Idlan memintanya untuk mendukung nya . Iman terberhenti seketika . Adam menunjukkan isyarat tidak mengapa . Lalu dia mendukung Idlan ke luar beranda rumah sambil menepuk perlahan belakang Idlan yang berusia 3 tahun itu .
Haikal yang baru menyelasaikan urusannya di toilet terus pergi ke arah Adam yang dilihat sedang mendukung anaknya . Haikal terus menghulurkan tangannya ke arah Adam . Risau menyusahkan tuan rumah .
“ Sorry menyusahkan kau Adam “ kata Haikal sambil menepuk lembut belakang Idlan yang sudah kembali nyenyak tidur .
“ Eh tak menyusahkan pun lah “ Kata Adam
“ Boleh tak aku nak tanya satu soalan ? “
“ Tanyalah . Nak tanya tentang apa ? “
“ tentang kau dengan Nia “ jawab haikal . tenang .
|