
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 5
Adam menarik tangan aku dengan muka yang masam . Aku
buat tak tahu jelah . Memang salah aku pun , kalau ikut aku tadi . Nak je aku
peluk kaki ibu sambil menangis nak ikut balik . Haha , tapi tak baik pulak .
Tak pasal pasal jadi isteri durhaka .
'' Besok awak kerja ke ? '' Tanya Rania apabila kami
sudah berada di hadapan pintu bilik .
Adam tidak menjawab . Sebaliknya , dia membuka pintu
lalu menolak aku ke dalam bilik . Aku mengaduh kesakitan . Nasib baik dalam
bilik tu lantai nya dilitupi dengan karpet kecuali depan bilik air . Stail
orang kaya kan . Tak aku nafikan adam memang hensem , mempunyai kulit yang
putih , hidung yang mancung dan kulit yang bersih . Aku berdiri sambil melihat
ke arah adam yang bercekak pinggang .
'' Aku ada benda nak bincang dengan kau . Tapi aku tak
ingat dah aku nak cakap apa . Aku cakap esok jelah '' Kata adam sambil
berbaring di atas katil .
'' Hah ? Baiklah '' kata aku sambil membuka beg baju .
Hajat aku nak letak baju aku dalam almari yang tersergam indah dalam bilik ni .
'' Awak , saya nak letak kat mana baju saya ni '' Kata
aku lagi sekali
'' Manalah aku tahu , tapi jangan letak dalam almari
aku . Aku tak nak baju kau bercampur dengan aku ''
'' Hmm , baiklah . Dan .. ''
'' Apa lagi hah perempuan ? Banyak lah pulak bunyinya
pagi pagi buta ni ''
'' Saya cuma nak tanya , saya kena tidur kat mana ''
'' Aku nak kau . malam ni , tidur dekat balkoni luar
tu . Nak sangat kan rasa jadi orang kaya , pergilah tidur dekat balkoni . Aku
sure rumah kau tak ada balkoni And jangan masuk bilik ni selagi aku tak suruh
kau masuk okey ? Sekarang keluar '' Kata adam sambil menolak Rania ke
arah balkoni . Lalu menarik sliding door dan langsir .
Rania terkedu ,Tanpa dia sedari air mata mula
turun . Rania mengesat air mata dengan hujung baju . Cehh , entah sejak bila
lah hati Rania lembut sampai macam ni sekali . Ni mesti sejak aku berpisah
dengan ibu 30 minit lepas . Aku membuka beg baju lalu mencari kain batik untuk
dibuat alas tidur . Aku menghampar , mujur badan aku kecil je . Muat muat aku
baring atas kain batik dua helai tu . Lagi sehelai aku buat selimut . Aku
membawa dua beg bagasi bersaiz besar , dan satu beg galas . Beg galas itu
aku buat bantal . Malam itu aku berbumbungkan langit . Malam itu sejuk sangat ,
Kain batik tidak cukup untuk memanaskan badan aku . Jadi aku memakai beberapa
lapis baju . Sekurang kurangnya bagilah comforter kedekutttttt punya laki .
benciiiii ! rungut rania dalam hati
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu aku demam . Mujur aku bawa panadol , aku
duduk bersila di depan pintu balkoni . Gayanya seperti pak dukun tengah menurun
. Namun aku sebaliknya menunggu adam membenarkan aku masuk . Lampu bilik
dibuka . serentak itu pintu balkoni dibuka , adam keluar dengan hanya berseluar
pendek . Aku yang tengok pun menjadi malu . Aku menutup muka dengan kain batik
.
'' Yang kau tutup muka dengan kain batik tu apahal .
Masuk cepat , kau nak sembahyang subuh kan . Lepasni nak pergi rumah pulak ''
'' Hah ? Ha'ah betul lah . Tumpang lalu '' Kata aku
sambil berlari meluru ke arah bilik air . Akibat terpijak kain batik . Aku
sikit lagi nak jatuh atas adam . Tapi nasib tak berapa nak sebelahkan aku .
Hidung aku terkena siku adam . Kebetulan waktu tu adam tengah bercekak pinggang
. Habis senget hidung aku yang agak mancung ni . Aku mengaduh kecil . Adam
megeluh kecil sambil menunduk .
'' Sakit ke tak hidung kau ? '' Kata adam sambil
memandang muka Rania
'' Eh tak sakit pun . Memang best langgar siku awak tu
. Kalau boleh hari hari nak langgar '' Kata aku sambil memasamkan muka .
'' Hmm '' bangun adam sambil bergerak ke arah balkoni
Aku sudah tak peduli lagi . Aku meluru ke arah bilik
air untuk membersihkan diri dan mengambil air sembahyang .Setelah selesai mandi
, aru aku sedar aku tidak membawa baju pun . Siottt ! Aku mengeluarkan sedikit
kepalaku untuk melihat keadaan sekeliling dalam keadaan berkain batik . Adam
tak ada ! . Hehe , bagus bagus . Aku segera mengambil baju dan seluar trek .
Aku segera masuk kedalam bilik air untuk menukar baju .
Tanpa Rania sedari . Rupa rupanya Adam ada di sebalik
pintu . Mengambil phonenya yang kebetulan jatuh . Mujurlah biliknya semua
berkarpet . Kalau tak mahu retak seribu iphone nya tu .
Pagi itu aku dibawa oleh adam ke sebuah perumahan elit
. Aku tidak lah kisah mana , lagi best main game dalam psp ni . Adam yang berada di sebelah hanya memandang ke hadapan . Tiba
tiba kereta adam berhenti dengan mengejut . Aku lagi lah terkejut . Kalah
dibuatnya aku . Lampu merah rupanya . Adam berdehem kecil .
'' Ya awak . Awak nak tanya saya apa apa ke ? ''
'' Hmm , ya . Kau tak menyesal ke kawin dengan aku ?
Aku garang tau '' kata adam
'' Hmmm , adalah sikit rasa menyesal '' kata aku
selamba . Padahal menyesal berbakul bakul
'' Hah ? apa ? Aku tak dengar lah ayat kau tadi ''
'' Hah , eh tak . Saya cakap saya tak menyesal pun
khawin dengan awak . Mak saya cakap awak ni baik orangnya ''
'' Hmm , Aku dah ada makwe kau tahu . Nama dia hanani
'
'' Oh , yeke . Mesti muka ala ala model '' dalam hati aku menyambung perangai pulak macam tongkang pecah
'' Oh mesti ''
'' Dia mesti setaraf dengan awak kan ? Hmm . Saya
harap awak berdua sampai ke jinjang pelamin okey . Amin '' Kata aku yang malas nak ambil port . Dah lah kalah .
'' Hmm '' Kata adam sambil bersiul kecil . Fuhh minah ni, kental betul hati . Aku dah
suruh tidur luarpun tak ada menyumpah aku . Okey tak apa tak apa . Padahal dalam aku , sudah ber stok stok sumpahan aku sediakan untuk mamat ni
Selepas memakirkan kereta . Aku terus keluar dari
kereta sambil memandang ke arah sekeliling . Cantik benar halaman rumah ni .
Adam duduk bersandar di tepi kereta .
'' Aku nak kau ambik cuti sebulan tanpa gaji dari
syarikat kau . Aku nak kau hias rumah ni sampai cantik ''
'' Rumah ni untuk siapa ya ? ''
'' Rumah ni untuk hanani . Saya ingat nak AWAK decorate dan saya akan bagi rumah ni dekat hanani after we married ''
'' Ohh ,Inn syaa Allah . Saya akan usahakan '' Ek eleh , rumah kau dengan dia . Aku pulak kena decorate . Tak kuasa aku . Tak memasal aku kena
'' Dah masuk cepat . Aku nak hantar kau dekat rumah
pulak ''
Adam memakirkan kereta di tempat yang disediakan .
Kami menuju ke tingkat 29 . Tingkat 29 merupakan penthouse dua tingkat . Hmm ,
biasalah . Orang kaya .
'' Ni rumah aku . Tapi aku tak akan tinggal serumah
dengan kau . Nah kunci , aku dah suruh pak cik alias hantarkan beg beg kau . So
, Bye ''
Rania hanya menganggukkan kepala .
'' And satu lagi . Mama dengan papa ingat kita serumah
tau . Kalau mama dengan papa nak datang cepat cepat call aku ''
'' Baik awak ''
Rania mengunci pintu selepas adam berlalu pergi .
Besar jugak rumah ni . Hanani , who are you . You must be the special one .
kata aku didalam hati .
|