
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 11
Adam memandu perlahan kereta menuju ke rumah Rania . Entah kenapa , dia rasa tidak
sedap hati tentang kejadian petang tadi . Setibanya di apartment . Dia terus menuju ke rumah
Rania yang merangkap rumahnya jua . Belum sempat Adam menekan loceng rumah . Rania
sudah membuka pintu . Rania terkejut melihat Adam yang berada di hadapan rumahnya .
Adam juga tidak kurang terkejutnya . Macam mana perempuan ni tahu aku ada kat luar .
Pakai cctv ke apa ?
" Eh , kau nak kemana ni ? pakai lawa lawa bagai "
" Err .. Saya nak ke Aeon . Beli barang . Barang dekat dalam rumah ni dah habis . Awak
buat apa kat sini ? " . ' Mamat ni apa hal pulak datang sini . Menyemak betul lah . Tak puas lagi
ke sakitkan hati aku ! ' Leter hati Rania
" Elok lah macam tu . Jom kita pergi sama "
" Boleh jugak , Jom lah " . ' Selamat duit aku . Fuhh '
Sesampainya dibawah .
" Naik kereta aku '' Kata Adam dengan suara tegas
'' Tak Nak ! Naik kereta saya ! '' Kata Rania sambil menyilangkan tangan
'' Aku tak nak naik kereta kau . Kereta kau macam perempuan ''
'' Awak sedar tak . Kereta awak tu dah lah kecik . Saya nak letak mana barang barang tu nanti ?
Atas riba saya ? " Kata Rania sambil menunding ke arah kereta mini copper Adam . Adam terpaksa membawa kereta itu , memandangkan kereta Audi kesayangannya mengalami sedikit kerosakan .
Adam masih tegak berdiri di tepi keretanya .
" Kalau kau tak naik kereta ni sekarang . Jangan harap kau nak bau syurga nanti . Haa , cepat pilih " Ugut Adam yang memilih untuk menggunakan kuasa vetonya .
" Awak ni kan . Hish ! " Rania meluru masuk lalu menghempas pintu kereta itu sekuat hatinya . Kalau pintu ni tercabut lagi bagus . Hish !
Adam tergelak kecil melihat tingkah laku Rania . Seperti kanak kanak sahaja . Makin marah ,
makin comel . Desis hati Adam .
Lagu lagu yang bermain di corong Radio mendominasi kereta mereka . Mahupun Rania atau Adam , tiada siapa pun yang bersuara . Adam berdehem kecil .
" Kau marah aku lagi ke ? "
" Hmm , marah apa pulak ni ? "
" Pasal petang tadi tu ? "
" Tak pun " Rania menopang dagu melihat keluar
Sesampainya di Aeon aku terus keluar tanpa mempedulikan Adam . Aku segera menolak troli lalummenuju ke arah bahagian barang kering . Adam menggeleng kepala taktala melihat karenah Rania . Cehh ,cakap tak marah . Penipu !
" Dah meh sini aku bawak . Kau pergi sana cari barang " Adam mengambil giliran menolak troli . Aku hanya mebiarkan sahaja . Kurang sikit kerja aku . Aku tergelak kecil . Adam memandang aku dengan pandangan yang pelik .
" Kau apahal gelak ? Gila ke ? Eee , aku tak nak lah jalan dekat dengan orang gila . Jauh Jauh " Adam mengusir aku .
Aku menjelir lidah lalu bergerak ke arah bahagian yang kering . Gelagat Adam dan Rania menarik perhatian beberapa pengunjung pasaraya itu juga. Ketika aku sedang memilih buah tomato . Tiba tiba aku terlanggar bahu seorangmak cik . Tapi gaya macam muda je . Mesti orang berada ni . Aku hanya tersenyum sambil meminta maaf .Tiba tiba mak cik itu bertanya .
" Tadi tu suami anak ke ? "
" Hah ? Yang mana satu ya mak cik ? "
" Yang tolak troli tu " Kata mak cik itu lagi sambil menunding jari ke arah Adam
" Ohh . Kenapa ? Mak Cik kenal ke dia ? " tanya aku lagi
" Tak ada apa . Saja je tanya . Okeylah , mak cik gerak dulu . Ada jodoh jumpa lagi yedak ? "
Aku menyalami tangan mak cik itu sebelum dia berlalu pergi .
‘ shemurr ? ‘ kata Rania di dalam hati .
Aku bergerak ke arah Adam . Selepas siap membuat ' timbangan ' . Ketika aku melalui bahagian
barangan basah . Tiba tiba ada seorang budak datang menerpa ke arah aku . Aku sedikit terkejut . Begitu juga Adam . Selang 10 saat , muncul seorang wanita memanggil nama anaknya .
' Idlan ! Idlan ! '
Eh ? Macam aku kenal je suara tu . Aku berpaling ke belakang . Aku sedikit terkejut . Wanita itu
tidak kurang juga terkejutnya .
" IMANNN !!!! " Aku sedikit terjerit
|