
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 26
Setelah 3 jam berjalan meneroka sunway . Akhirnya aku dan nana decide nak lepak dekat br . Dah puas shooping , lepak makan lah pulak kan . Nana lebih banyak membeli kasut dan baju . Manakala , aku sempat membeli camera polaroid untuk digunakan pada hari anniversary . Aku membeli seutas jam tangan untuk dihadiah kan kepada Adam .
‘‘ Nia , bukan anniversary kau hujung minggu lepas ke ? “ kata nana sambil mencedok ais krim aku sedikit
“ Ha ah . Aipp aipp tangan tu . Aku gigit karang “ aku menampar perlahan tangan nana
“ kedekutnya lah , sikit je “ kata nana sambil mencedok lagi .
“ Makhai , tu bukan sikit . Tu banyak lah kakkk “ kata aku sedikit tidak berpuas hati
“ Hehehe , ala ala marah pulak . Nah ambik aku punya sikit by the way kau masuk minggu depan kan hari rabu ? “
“ Yupss “
“ Eh dah nak dekat pukul 5 lah . Jom lah balik . Nanti laki kau bising bising pulak tanya “
“ Eh ha ah lah . Jom cepat cepat . Jumpa hari rabu eh “ kata aku lalu berlaga pipi dengan nana . Menyesal lah pulak letak kereta jauh jauh . Kalau tak boleh jalan sama sama
Aku berjalan laju ke arah kereta kerana jam sudah menginjak ke pukul 5 . Makan jem lah aku gamaknya . PONNN ! Fuhh , nasib baik sempat elak . Mak hai , tak sanggup aku dilanggar lagi sekali . Pengalaman berkaki semen tu memang aku harap sekali seumur hidup . Habis terjatuh semua beg aku jinjing tadi . Aku cepat cepat mengutip balik . Tiba tiba ada sepasang tangan sudi membantu , lelaki
“ Ehh tak payah susah susah . Saya boleh buat sendiri “ kata aku sambil mengutip beg plastik yang jatuh
Alangkah terkejutnya aku bila aku mengangkat muka . OMG
“ Te … te .. thank you “ kata aku sedikit tergagap . Lalu aku mengambil shooping beg yang ada di tangan jejaka itu
“ Rania , wait “
“ I’m sorry Nazriel but I have to go . We meet later okey ? “ tak kuasa aku nak jumpa mamat ni lagi . Seram yang amat . Hensem tu memang lah hensem , tapi macam psycho je . Tak mahu aku
Sesampainya dikereta aku teruk membuka pintu kereta dan memanaskan enjin . Beg semua aku campak dekat seat belakang . Kek mama je aku letak dekat tempat kaki penumpang sebelah . Letak atas kerusi kang aku brek tak kan leper bila sampai rumah nanti haa . Aku terus memecut keluar dari sunway piramid . Kalau boleh aku nak lari sejauh mungkin dari nazriel ni
Sesampainya aku di rumah dalam pukul 6:30 macam tu aku terus masuk bilik . Sejuk tangan aku sebab terkejut sangat . Masuk je bilik terus baring atas katil ala ala orang sakit macam tu . Adam yang kebetulan melalui ruang tamu perasan isterinya terkocoh kocoh masuk bilik . Beg shooping pun tinggal dekat ruang tamu . Sakit perut ke apa minah ni . Adam membelek belek barang yang dibeli Rania . Ooooh ada kek . Yay
Enggan melayan perasaan lebih . Aku terus mencabut shawl untuk membersihkan diri . Lagipun maghrib dah dekat . Kalau layan lebih lebih ni . Sampai esok tak habis . Aku memberisalam ke kanan dan kiri . Aku lihat Adam sedang duduk di birai katil . Setelah habis berdoa , aku terus melipat sejadah dan sidai kain di penyidai . Tak cabut lagi telekung , aku rasa kekok nak tunjuk rambut dekat Adam
.
“ Awak nak apa ni ? “
“ Amboii , kasarnya soalan nak keluar lah “
“ Eleh mengadanya , kenapa awak masuk bilik saya maghrib maghrib ni ? “
“ Saya nak awak “ Jawab Adam dengan intonasi serius
“ Haa ? “ Aku membuat muka blur
“ Just kidding , awak ke beli kek br tu . Sedap . And saya nak awak packing baring untuk 3 hari 2 malam . Saya nak bawak awak pergi somewhere private . Kita bertolak malam ni “
“ Kita nak pergi mana ? and kek tu untuk mama lah . Awak dah tanya mama ke boleh ke tak makan “
“ Mama pergi rumah pak ngah hari ni nak tengok baby katanya . Kak nora tu dah bersalin . Baby girl . Kita nak pergi thailand . Kemas jelah cepat . Lepas isyak kita bertolak “
Biarpun sedikit penat . Apabila Adam sebut nak pergi thailand ,waaa terus semangat kaw kaw aku nak pergi . Soal Nazriel pun sudah tak terfikir . Pukul 9:00 kitaorang gerak pergi klia . Adam pulak membebel . 3 hari 2 malam je . Kenapa sampai 3 bag ni . 1 hari 1 beg ke . Aku pun cakaplah , satu beg lagi nak isi baju shooping . Tak ada shooping shooping . Holiday express ni , no shooping shooping . Adam buat tak nampak je mulut aku yang sudah memuncung sehingga mampu buat gantung baju .
Adatlah bila naik flight malam . Mesti aku tidur je . Biarpun sekejap je nak sampai Phuket , thailand tu . Around 1 hour 20 minute je .
Setelah tiba di Phuket , kami terus bergerak ke hotel dan check in ke bilik biasa dulu . Besok baru kitaorang check in ke bilik ‘ special ‘ tu . Adam ni dah kenapa , tak boleh ambik flight pagi ke . Serabut perut betul lah
|