
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 28
Aku memberi salam ke kanan dan ke kiri . Adam berpaling ke belakang . “ Doa sendiri ya “ kata Adam lalu memandang ke hadapan kembali . ‘ Baru belajar solat lah tu , tak ingat nak hafal doa ‘ kata aku di dalam hati . Selepas berdoa Adam berkira kira hendak paling ke belakang lagi sekali atau tak . Akhirnya dia membuat keputusan untuk memandang ke arah belakang , kelihatan Rania masih menadah tangan berdoa . Khusyuk betul berdoa , panjang betul doanya . ‘ Ke doa aku yang pendek sangat ? ‘ Desis Adam di dalam hati .
Aku mengaminkan doaku sebentar tadi . Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk menerima Adam seperti mana aku menerima dia semasa Ijab & Kabul setahun lepas . Sepanjang kakinya bersemen , memang Adam lah yang jaga makan minumnya . Selesa atau tidak duduknya . Check up pun selalunya Adam yang temankan . Makan pakai je mama uruskan , since aku tak nak Adam yang uruskan part yang satu itu . Kalau tidak aku lari duduk dengan nana . Terus Adam menyerah kalah . Fine katanya . Aku melihat Adam termenung di hadapan aku . Boleh tembus aku kalau mata dia ada kuasa laser . Aku menepuk tangan di hadapannya . Terus Adam tersedar
“ Apa main tepuk tepuk ni , nak main tepuk amai amai belalang kupu kupu ke ? “
“ Tepuk amai amai apa kebenda awak ni , yang awak berangan ni dah kenapa . Awak berangan apa “
“ Kau nak tahu aku berangan apa ? “ Adam mencengkam bahu aku . Kemas
“ Awaa .. awaaak nak buat apa ni “ Kata aku tergagap
“ Aku nak … “ Adam menolak aku rapat ke lantai . Di ‘ memagar ‘ aku dengan dua lengannya . Gila , macam mana aku nak escape . Kalau aku wachaaa dia punya tangan ni . Siapa nak angkat beg aku yang beratnya ber kg kg itu . Aku menyilang tangan membentuk pangkah , sambil berdoa dalam hati semoga keluar api dari celah celah tangan itu macam ultraman .
“ Aku nak rehat lah “ Kata Adam lalu bangun bergerak ke katil
Terkebil kebil aku dibuatnya . ‘ Haa pandai pun , kena ikut resmi novel . Nak sweet nak sweet lepas solat maghrib atau isyak . Bukan zohor panas panas terik ni . Eh , boleh pulak macam tu . LOL sangat kau ni nia ‘ Desis aku di dalam hati . Aaah , tak penting yang penting aku nak tukar baju sekarang . Aku melipat sejadah dan meletakkannya di dalam almari Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju .
‘ Nak keluar ke tak ? Ke nak tukar baju . Ke nak keluar je pakai macam ni bodoh bodoh ‘ Aku menarik nafas untuk menenangkan diri . ‘ No nia . You look just fine . Keluar je . Dia husband kau . Bukan nya stranger ‘ . Aku mengenakan sleeveless drape top dengan jegging dilengkapkan dengan messy bun . Akhirnya aku keluar je . Aku lihat Adam sudah pun tertidur . Okey good . Tak adalah malu sangat
Memandangkan dekat luar masih panas terik . Nak berendam dekat dalam kolam kat luar memang tak lah . Tak pasal pasal kulit macam udang kena bakar nanti . Jadi aku hanya duduk di ruang tamu yang sekangkang kera lalu menghidupkan laptop . Update time !
Setelah beberapa jam melayari internet , akhirnya aku menutup laptop . Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 . Dah tak berapa panas dekat luar , boleh dah nak berendam . Aku segera masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian . Aku mengenakan crop top dan shorts . Berani gila aku nak pakai bra je ? Oh memang tak lah . Buat masa ni memang tak . Biarlah nampak macam pelik je . Kemudiannya aku sarungkan pula toilet robes . Langkah berjaga jaga . kot lah tiba tiba Adam bangun . Tak ke terkezut ala ala kena rancangan bang bang boom . Kalau tengok aku ber cropped top . Seksi tahap 5 ni tau . Yelah , sebelum ni pakai lengan panjang . Skirt . Tudung sauk Z and Z , kalau mood arab datang pakai syria . Ni dah sampai sini , tiba tiba baju macam tak cukup kain pulak
Aku keluar dari bilik air . Yess ! mamat tu tidur lagi . Aku berjalan ke beranda , aku menanggalkan toilet robes lalu mencampaknya ke atas lantai . Ewah ewah , macam iklan mat saleh pulak . Aku menarik getah rambut sambil mengibarkan rambut ku berulang kali . Aku terus masuk ke dalam kolam .
Adam terjaga . ‘ Uishh sedapnya tidur ‘ . Adam membetulkan urat belakangnya dengan menggeliat bebrapa kali . Kemudian dia terpandang ke beranda . Kelihatan Rania sedang mengibarkan rambutnya ke kiri dan ke kanan . Adam yang masih mamai berkata perlahan “ Ni model mana sesat dalam bilik aku ni “
|