
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 29
Adam terus bangun dan masuk bilik air untuk mencuci muka . Kemudian dia terus berjalan di beranda dan duduk di kerusi malas . Aku masih tidak perasan yang Adam sedang melepak dekat kerusi malas dekat belakang . Adam sebenarnya sedikit terkejut Rania berpakaian begitu . Amboi , masa dekat rumah mama . Nak tengok rambut pun bukan main susah . Ke dia dengar suara hati aku , amboi . Kau ingat bini kau tu ada kuasa super natural ke Adam ? . Seperti Oxygen bertemu Magnesium , Adam terasa ingin menjerit OMG . She is so beautiful !
Aku terasa seperti ada sesuatu sedang memandang aku . Aku terus berpaling ke belakang . Oh Ibu , macam mana aku tak perasan mamat ni ada kat belakang . Creepy nak mampus sejak sampai sini . Aku tak tahulah entiti apa yang merasuk Adam ni sampai suka gila termenung sampai boleh tembus dinding kalau boleh tembus dinding . Aku segera naik . Tak kuasa nak duduk lama lama kalau ada mamat ni . Aku segera menyarungkan toilet robes . Aku terus berjalan masuk . Tiba tiba terasa tangan aku dipegang . ‘ Aduhh , mamat ni saja tau nak suruh jantung aku ni kerja overtime ‘ gumam aku di dalam hati .
“ Eh takkan nak masuk dah ? Berendam lah lagi “
“Tiba tiba kan saya rasa saya kena buat sesuatu lah dekat dalam “ kata aku sedikit tergagap . ‘ dah dah lahtu , lepas lah tangan aku ni ‘
“ Tak boleh . Aku nak kau teman aku tengok sunset “
“ Awak tengok sesorang tak boleh ke ? “
“ Tak boleh . Cepat aku nak kau sambung berendam balik “ kata Adam sambil menolak aku ke arah kolam
“ Tapi saya . Saya tukar baju dulu boleh ? “ Kata aku yang sedikit teragak
“ Kenapa pulak ? Pakai jelah baju tu . Bukan dosa pun . Setakat aku je yang ada kat sini “
‘ Aduh main bab dosa lah pulak ‘ . “ emm saya emm “
“ No . Tak ada emm saya emm eh ah apa . Do what I ask you to do “
“ Okey okey “ aku melabuhkan punggung di tepi kolam
Adam mencabut baju t-shirt yang dipakai . Lalu dicampak ke tepi lebih tepat muka aku . Ya Allah , kurang asam jawa punya laki . Dia ingat muka aku ni tempat sidai kain ke ? . Adam masuk ke dalam kolam perlahan lahan . Al maklumlah . Bukan dalam sangat pun kolam ni . Paras pusat dia je . Kalau buat terjun tiruk nanti . Tak memasal koma 3 bulan . Adam bersandar di tepi kolam . Memandang aku . Aku terus memandang ke tempat lain .
“ Kenapa kau macam ni ? Ni bukan baju jalan jalan ke ? “ kata Adam memecahkan kesepian
“ Haa ? Kenapa saya pakai baju ni ? Macam ni ? “
“ Haa yelah . Masa aku couple dengan hanani . Dia selalu pakai macam ni lah “
“ Well , saya pakai baju macam ni sebab saya nak mandi lah “
“ Pakai lah t-shirt “
“ T- shirt saya yang lengan panjang . Saya bawak khas untuk balik je . Awak nak saya pakai baju macam ni ke keluar ? “
“ Berani awak nak keluar pakai baju macam ni ? Memang tak lepas lah awak nak keluar bilik ni “
“ Saya pakai baju macam ni . Bila dengan awak je . Tak payah lah risau . Dekat rumah mama pun saya tak pakai macam ni . Lagipun kat sini kan private . So bila lagi saya nak try baju yang saya beli ni “
“ Kenapa kau beli baju yang kecik ketat macm ni ? Kau nak pakai pergi mana ? Yelah , takkan kau nak keluar rumah pakai baju macam ni “
“ Saya pakai macam ni depan husband saya je “ Jawab aku perlahan
“Yeke ? Aku tak pernah tengok pun kau pakai baju macam ni ? “
“ tadi bukan awak dah tengok ? Bukan main lagi tenung . Macam saya baru turun dari planet pluto “
“ Mana ada ‘’ kata adam sambil tersipu sipu malu . “ Boleh lah nanti “ kata Adam sambil mengcover kan suaranya
“ Boleh apa ? “ kata aku sambil memandang tepat wajah Adam
Adam bergerak ke arah aku . Dia memegang dagu aku . Jantung dah start buat overtime dah . Dia merapatkan wajahnya ke wajahku . Aku menutup mata serapat rapatnya . ‘ Tak nak . Saya tak nak ‘ Jerit aku di dalam hati . Adam tersenyum kecil melihat reaksi Rania . Dia terus melepaskan pegangannya . “ Boleh lah nanti balik Malaysia . Kita terus pindah duduk rumah aku “ Kata Adam lalu berenang perlahan lahan ke bahagian tepi kolam yang lebih dekat dengan laut .
“ Oooh .. yeke . Okey okey “ Kata aku sedikit tergagap untuk meng cover malu . Sejak dua menjak ni , selalu gagap . Kena masuk sekolah tadika balik ni . Belajar bercakap . Secara normal .
“ Eh , awak tengok tu . Benda apa tu “ Kata Adam sambil memnunjuk ke arah laut
“ Haa , apa apa . mana mana nak tengok jugak “ Aku terus mencabut toilet robes dan masuk ke dalam kolam dan begerak ke tepi Adam .
“ Apa benda . Mana ada apa apa “ Aku lihat laut warna biru je . Bukan bertukar jadi warna pink pun . Bukan ada dolphin tengah berenang juga .
“ Tengok tu bentuk bintang tu “ kata Adam sambil menunjuk ke arah laut
“ Hish malas lah nak layan awak . Saya nak masuk bilik balik lah “ Kata aku sambil begerak ke arah tepi kolam
Adam menarik lengan aku dan memusingkan badan aku menghadap dia . Ni drama ke berapa dia nak main dengan aku ni . Aku memandang malas muka Adam .
“ Cuba tengok dengan mata hati . Nampak tak dekat situ ? “
“ Hish main mata hati lah pulak . Ni bukan sahaja mata hati tau saya guna pakai nak tengok benda awak tunjuk tu . Dah taraf guna teleskop dah ni . Sampai saya pun sakit hati “
“ Ni tengok sini . Eh benda tu bergerak lah “
“ manaaaaaaa dia “ kata aku sedikit keras . Menyampah dah ni
Adam mengerakkan jari telunjuk ke arah aku “ Haa kat sini haa “
Aku mengangkat kening tanda tidak faham
“ You are my star , dear “
“ Haa , apa . Awak panggil saya rusa . Sampai hati tau “ kata aku yang berpura pura salah dengar
“ I call you dear okay . Sayang . Takkan lah saya nak panggil sayang saya rusa kot “ Jawab Adam tenang
“ Sorry , apa motif awak panggil saya sayang ni “ kata aku tegas
Adam sudah mula pelik . Dahinya sudah mula bekerut “ Apa maksud awak ? “
“ Jangan buat buat lupa lah Adam . Kita kan nak berpisah “ Kata aku sambil menyilangkan tangan dan menghadap laut
“ berpisah ? what do you mean ? Kalau you nak berpisah dengan I . Apa motif you beria ambil gambar dengan I pagi tadi “ Kata ada sedikit bergetar suaranya . Sesungguhnya hati lelakinya pecah , apabila Rania menyebut perkataan berpisah itu . Tidak pernah dia sangka , wanita itu akan menyebut perkataan itu masa anniversary mereka . Tujuan sebenar datang sini bukan nak berpisah . Tapi nak mulakan kehidupan baru
“ Oh , Mr . Adam . Tujuan saya ambil semua gambar tu . Supaya bila kita dah berpisah boleh lah saya koyak bakar semua gambar tu . macam tak best je bila berpisah tak ada benda nak dikoyak “ Kata aku sambil tersenyum sinis
“ Tapi kenapa . Why now . Kenapa you tiba tiba mintak kita berpisah ni . I thought you love me . I thought “
“ Stop your all your nonsense thought Adam . Kita berpisah bila balik Malaysia nanti “ Kata aku tegas tanpa memandang Adam
|