
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| pulau redang 2014
Assalamualaikum and HI ! How your monday ? i wish you have a happy monday ! What a great day to start a week . Okey memandangkan aku sebagai penganggur terhormat dalam rumah ni . Maka aku tersangat sangat lah free hari ini . So apa kata aku story pasal pengalaman aku bercuti dengan budak kelas aku ( ada budak kelas lain sikit ) pergi pulau
Gambar ni aku cilok dekat google aja ya
First day , kitaorang berkumpul dekat sekolah dalam pukul 4 pagi kot ? aku tak ingat sangat . Tapi awal pagi lah yang pasti . Sebab nak berkumpul dulu , pastu baru bertolak ke jeti syah bandar Terengganu . Lepastu naik feri pergi pulau redang . Adalah dalam 2 jam kot duduk dalam feri tu ? Aku tak tahulah , sebab aku tidur . MABUK LAUT WOI. Masa first few minutes tu boleh lagi lah huhaaa huhaaa . Hamekaw , dah bila feri tu dah start melambung lambung bila dia langgar ombak tu . Mahu termuntah hijau kau . Nak dijadikan cerita . Aku duduk depan sekali . lepastu ada mak cik ni , dia cakap macam ni
fuhh duduk depan ni efek ( effect pening pening , muntah dll ) dia dia lebih sikit ( lebih kurang macam ni lah , aku tak ingat mak cik tu cakap apa )
aku ni dah lah dah lama tak naik feri . Bila mak cik ni cakap macam tu , mahu aku tak gigit tisu menangis . Nak effect lebih hebat kebetulan haritu laut macam bergelora gituu . Yelah masa tu bulan 3 kot kitaorang pergi . Lepastu sebelum dah nak sampai tu ,aku tersedar disebabkan ada satu bunyi yang kurang enak . iatu bunyi uwek uwek . Amboi ada mommy to-be ke dalam feri ni . Aku pun gigih lah pandang belakang , budak kecik je dok muntah muntah . Aku okey lah , aku dah terjuling juling mata duk jeling kengkawan aku . Alaa bahasa isyarat gegirl lol . Dah berapa lama tu , tetiba ada satu bau kurang enak . Ya , haruslah aku redha je duduk dekat tempat aku . Nak naik atas tak berani pulak aku . So here some tips : kalau rimas nak naik feri . Boleh naik kapal terbang ya . Diorang ada airport dekat pulau tu .
Dah sampai dekat jeti pulau redang ni , kitaorang terus pergi check in bilik . Kitaorang duduk dekat Redang Abadi , bilik dia simple je . Boleh lah buat tidur . Kitaorang pun memang buat bilik tu tempat tidur je pun . Boleh pulak aku buat mulut puaka masa pak cik tunjuk bilik . Ehhh , ada aircond lahh . syaitonnirrajim sangat mulut kau pieqahh Aduhh memang malu . Tapi malunya sekejap je lah . Berapa nanosaat sangat .
Petang tu terus kitaorang pergi practice snorkelling di marine park . Ni first time aku bersnorkelling and yeah aku takut mandi atau bermain dekat tempat dalam . Aku rasa nak memangis buat drama di tepi pantai tu tau bila cikgu suruh jugak . Tapi okeylah cikgu teman . Lepastu petang tu kitaorang bersnorkelling lah . Aku tak rasa penat sangat . sebab orang tarik aku je . aku gerak sikit sikit je kaki . hahahahahahaha kurang hajoo tahap mega kan .
Second day , Aktiviti snorkelling jugak . So far pulau redang ni memang tempat yang best nak snorkelling . Batu karang dia cantik . Maybe sebab ni first time aku tengok batu karang secara life , biasa tengok gambar ajaaa . So aku okey je lah . Seronok gila .
Sampai tengah hari dah puas snorkelling kitaorang pun balik bilik . rehat . bersihkan diri . Lepastu petang tu , sebab last day kan , pergi jalan jalan dekat tepi pantai . Mandi pantai pulak petang tu . Tapi kitaorang geng perempuan dah malas lah . Dah kembang bersnorkelling satu hari lol . So pepetang tu jalan jalan je di tepian pantai .
ni je gambar yang nampak lawa sikit . Gambar yang aku tangkap semua hilang . harus lah aku buat kenduri air mata . Huwaaaaaa geram betul . Tak apa lepas ni kalau aku pergi lagi sekali , aku nak ambik gambar sampai penuh camera .
Third day , tengah hari tu kitaorang check out . Diorang semua on the way balik kuantan semua . Aku ikut parent balik kelantan .
Okay so far , Pulau redang memang cantik . Best pun best . Sampai aku pun tersimpan cita cita nak datang lagi sekali . Tapi datang lagi sekali bukan untuk bersnokerling yoooo . Cikgu eden dah tak ado . Kalau aku nak datang lagi sekali , aku nak duduk dekat hotel yang ada kat ala ala hujung pulau tu ahahahaha . Lawa pun lawa lol . Okeylah untuk aku yang prefer duduk dalam bilik . atau nak upgrade sikit suka duduk tepi pantai berangan wa wa wa . Untuk peminat snorkelling pun mesti suka pula redang . Air jernih gila . Tapi aku nan hadooo kisah semua benda tu . Dok kira bila lah nak balik bilik . Lepastu balik rumah sendu sesorang sebab menyesal tak enjoy bebetul . Puii sangat perangai kau pieqahh ahahahahaha .
amboi panjang pulak post kali ni . okeylah bye bye . tata
ada banyak lagi insiden mini yang best , tapi aku tak naklah selit . Nanti berkajang kajang pulak jadinya |