
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 35
Aku memulas tombol pintuku dan masuk lalu aku terus mengunci pintu bilik . Aku tidak mahu diganggu sesiapa . Akhirnya air mata aku tumpah juga . Aku terus bergerak ke meja belajar yang terletak di tepi tingkap . Aku duduk berhadapan dengan meja belajar , aku merenung frame gambar yang memang aku saja letak di tepi laptop ku . Gambar aku , ibu dan abah . Aku mengangkat kaki ku ke atas kerusi , aku memeluk lututku dan menangis .
“ Ishh perempuan ni . Menyampah betul aku . Papa pun satu pergi menangkan menantu dia yang perampas tu dah kenapa . Bengang betul lah aku “ Julia menyumpah sambil memukul stering keretanya beberapa kali . “ Sepatutnya kak hana yang jadi kakak ipar aku , bukan minah kampung sakai tu “ Julia menjerit di dalam kereta . Bengang betul apabila diberitahu mamanya yang abangnya tidak akan berkhawin dengan Hanani sebaliknya dengan pilihan mama dan papanya , Rania . Gelagat Julia sememangnya menarik perhatian kereta sebelahnya . “ Aku mesti buat abang aku dengan kakak hanani macam dulu . aku mesti “ tekad julia sambil tersenyum sinis .
“ Adam kamu pergi lah tengok tengokkan nia . Papa dah sejuk dah “ kata Papa . “ Nanti Adam pergi tengok papa . Rasanya dia tengah tolong mama di dapur “ kata Adam sambil bersandar di bean bag . “ Adam rasa kenapa ju cakap macam tu tadi dekat nia ? “ Tanya papa lagi . “ Adam pun tak tahu papa “ Jawab Adam lagi . “ Laaa dekat sini rupanya anak beranak ni melepak “ Kata mama sambil berjalan ke arah wakaf yang telah dihuni oleh suami dan anaknya . “ Dah kantoi Adam tempat lepak kita “ kata papa bersahaja . “ Berbincang apa ni ? “ tanya mama sambil melabuhkan punggung di tepi kaki Adam . “ Mama rasa kenapa adik cakap macam tu dekat nia “ tanya Adam . “ Laaa , benda tu ke korang berbincang . Senang jelah jawapan dekat soalan kamu ni “ kata mama . “ Kalau macam tu apa sebabnya “ . “ Adik kamu tak suka kamu kawin dengan Rania “ .
“What ?! “ serentak Adam dan Papa terjerit . “ Hish anak dengan bapak sama je . Menjerit pun nak sama ke . Yelah , kamu tak tahu ke yang dia tu rapat dengan hana . Mestilah dia nak kamu dengan hana . Kamu dengan hana tu bukan 5 minit . 5 tahun okey “ . “ Tapi mama , takkan lah adik tu tak reti nak move on “ ‘ ewahhh Adam macam kau senang sangat nak move on . Menjenuh jugak ‘ .
Aku menghidupkan laptop . ‘ emm , nak buat apa ya . OHHH , tengok drama kpop lah ‘ . ‘ Baik aku tengok drama dari fikir apa yang si julia tu cakap dekat aku . Muka je cantik , mulut boleh tahan mangkuk . Makhai ‘ . Adam bergerak ke ruang tamu untuk berehat sebentar . Elok je berbaring di atas sofa , Adam terpandangpintu bilik Rania . ‘ Apa minah ni buat agak agaknya . Dari tadi berkurung , ke dia tengah menangis . Tapi tadi dia cakap dekat mama dia okey . Tak apalah aku bangun pergi tengok sekejap ‘ . Adam berjalan menuju ke bilik Rania . Dia cuba membuka pintu namun tidak berjaya . Adam merapatkan telinga ke pintu ‘ hish apa bini aku buat ni . Terjerit jerit dalam bahasa alien ni ‘ . Adam mengetuk pintu beberapa kali . Tiada respon . Adam pergi ke arah kabinet mencari kunci pintu . Setelah beberapa kali mencuba kunci , akhirnya pintu bilik Rania terbuka . Alagkah bengangnya diri ini , ingatkan isterinya tengah emo meracau . Rupanya tengah layan cerita korea .
“ HAHAHAHAHA , kelakar betul . Entah apa apa “ Aku ketawa terbahak-bahak . Tengah syok layan cerita korea , aku terpandang Adam yang sedang bediri di pintu . ‘ sejak bila dia ada kat pintu ‘ ‘ bukan pintu tu kunci ke tadi ‘ desis hatiku . Pada mulanya aku berkira untuk tidak menghiraukan kehadiran Adam di muka pintu itu , tapi kalau aku buat derk je . Rasa berdosa pulak . Akhirnya aku mengajak Adam duduk di sebelah .
Adam duduk di tepi Rania . Adam menggaru keningnya . Aku terus pause drama yang sedang aku tonton . “ Awak nak cakap apa ? “ aku terus menyandar di kepala katil . “ Sayang , sayang okey ? “ Adam mengenggam tangan aku . Aku berfikir sejenak . Aku mengambil nafas yang panjang . Aku menoleh ke arah Adam . “ Nia okey abang “ aku membawa tangan Adam ke pipi sambil tersenyum . ‘ hmm , okey lah sangat . Padahal hati tu dah hancuss ‘ . “ Abang nak cakap apa ya ? “ tanya aku lagi . “ Baguslah kalau sayang okey . Abang sendiri terkejut bila julia cakap macam tu dekat sayang “ . ‘ pergh kalau dia sendiri terkejut . aku ni apatah lagi . Rasa macam masuk racangan wakenabeb ‘ . “ Julia jadi macam , tu bila nampak nia ke ? Nia rasa sepanjang nia ada kat sini nia tak pernah nampak dia “ . “ Tak adalah sayang , janganlah fikir macam tu . Dia period lah tu . Sebenarnya Julia tu dia study abroad . Dia study dekat Australia . Sebab tu sayang tak pernah nampak dia . Abang pun tak pernah cerita pasal dia dekat sayang “ Adam mengenggam tangan aku dan mencium lembut . Aku hanya tersenyum nipis . Aku kembali memandang laptop .
“ Oh awak , esok saya dah mula kerja and pasal pindah tu “ belum sempat aku menghabiskan ayat Adam menyampuk . “ Oh sayang pasal pindah tu . Mungkin .. “ . Aku menyampuk cakap Adam . “ Abang bagi nia habis cakap dulu . Nia rasa nia kena balik rumah sana dulu . Nia rasa nia patut balik sana dulu . Abang duduk sini ya . Tengokkan mama papa . Nanti ju balik kirim salam “ aku terus menutup laptop dan meletakkan laptop ku di dalam beg . Aku terus melilit shawl dan menyauk cardigan . Adam ku lihat seperti terpinga . Aku mengambil beg aku aku terus menyalam tangan Adam . “ Nia gerak dulu bang “ .
Adam memegang tangan ku . “ Kenapa tiba tiba ni sayang ? “ . Aku menghela nafas panjang “ Nia tunggu abang cari nia je . Memang nia plan nak balik rumah sana dulu oh and beg nia tu nanti minggu depan abang hantar dekat penthouse ya “ aku meleraikan tangan Adam . Aku keluar . Aku mencari mama dan papa . Mama dan papa tak ada pun dekat ruang tamu . Aku keluar untuk memanaskan kereta . Aku pergi ke laman rumah . Lahh melepak dekat sini rupanya dua orng ni . “ Mama papa nia pergi dulu . Esok dah kerja . Thank you jaga nia sepanjang nia duduk sini “ Aku menyalami tangan mama dan papa . Mama dan Papa sedikit terkejut dengan tindakan aku yang tiba tiba . Yelah baru balik dari bercuti , nak drive pulak . Adam hanya bersandar di pintu sliding door melihat aku menyalami ibu bapanya . “ Jumpa next week abang “ aku terus berjalan ke arah porch . Kan dah salam dalam bilik tadi . Nak salam lagi sekali buat apa . Aku memboloskan diri ke dalm kereta .Aku memandu keluar kereta dari pekarangan rumah keluarga mentua ku .
Aku memandu dengan laju kearah rumah nana . Aku memberhentikan kereta aku di hadapan rumah nana . Aku memberi salam . Nana keluar dari pintu rumah
“ Rania “ Nana sedikit terjerit . Teruja mungkin
“ Heyyy , bukak lah aku nak masuk “ aku menggoncang pagar rumah nana
“ Sabar lah kejap kenapa datang sorang “ tanya nana sambil membuka mangga
Aku hanya tersenyum nipis
|