
|
Disclaimer
Do tag before leave my blog. Please don't COPY anything without my permission! if you want anything just ASK. thanks for coming here ![]() The Big Boss
HELLO WORLD my name is Say Hello here !
| Au Revoir , Love ; Part 36
Macam tulah cerita dia nana . Aku tak tahu aku nak buat apa sekarang . Patut ke aku merajuk dengan Adam ? Aku tak lah merajuk . Aku entahlah “ aku bermain dengan jari
Nana memeluk bahu aku . “ Sepatutnya nia kau bagi je Adam lempang muka adik dia tu kurang ajar sangat . Well , maybe Adam nak kau cool down dulu kot nia . Dia kan cakap yang adik dia tak pernah buat macam tu . So dia pun masih terkejut . Dia terkejut . Kau lagi lah terkejut . Plus , mungkin dia risau pasal parent dia . Dia bukan tak risau dekat kau . Tapi reflek dia nak pergi dekat parent dia dulu. lagipun kau tolong mama dia kan kat kitchen . Korang kan nak bukak buku baru , and kau pun tengah period kan . So maybe terbawa bawa perasaan tu . So janganlah merajuk lama lama dengan Adam ya . Nanti lagi lama pulak aku tunggu nak ada anak sedara . Dah kau ada kat sini biar aku lah yang pujuk kau . Hahaha “ Nana memeluk aku dengan kuat sehingga lemas aku dibuatnya
“ Eh kau sempat lagi ya . Thanks nana . I love you very much lah . Kau lah sahabat gitu . Okeylah aku nak tidur dekat sini lah malam ni . Aku nak mandi lah . Fresh dari thailand lagi ni . Kau ni tak solat ke dah maghrib ni . Aku naik atas dulu lah “ Aku terus bangun
“ Okeylah . Aku pun “
Adam hanya duduk terperap di dalam bilik sejak tadi . Aku buat salah ke tadi ? . Berkerut kerut dahi Adam memikirkan kesalahan dibuatnya . brr brr telefon Adam bergetar . Alahh , ingat Rania . Sekali sepupunya . Musyriz
M : Bro
A : Apa bro bro dah macam panggil aku beruk dah
M: HAHAHA , kau angin ni dah kenapa . Bini lari ke
A: Dia tak lari . Dia balik rumah dia
M: hahaha , aku dengar adik kau buat hal
A: Cepatnya gosip sampai
M: Aduh Adam. Biasalah , kerabat kita bukan besar mana pun . Mama kau call mama aku . So kira pakej lah kan . Kalau dah mama aku tahu . Kak nora tahu lepas tu aku lah
A: Hmm , aku risau lah . Aku rasa nia merajuk dengan aku lah
M: Kenapa pulak
A: Tadi masa julia buat hal . Aku pergi tinggal bini aku sorang . Aku pergi dekat papa dulu . Kau agak agak dia terasa tak
M: Hana bila setiap kali kau lupa wish birthday dia pun dia merajuk seminggu dengan kau . Ni kan bini kau yang baru kena maki . Kau rasa dia merajuk tak ?
A: mestilah marah kan . Tapi dia dah balik …
M: Bro yang kau ni macam first time jumpa perempuan kenapa . Kau kan dan pernah couple . Tak kan lah kau tak tahu nak buat apa . Pergi lah pujuk haduhai . Takkan lah benda tu aku nak kena suruh
‘ Ya Allah dah kenapa aku ni slow nak mampus time time macam ni ‘ desis hati Adam . Adam menepuk dahinya beberapa kali .
Adam melihat jam di tangan . Solat dulu lah baru pergi rumah dia .
Aku turun kebawah dan begerak ke dapur . Aku membuka peti sejuk . Wahh adaikan bawal . Boleh buat sweet sour ni . Aku membuang plastik dan terus meletakkan ikan ke dalam besen . Aku membiarkan ikan di dalam besen . Aku menyinsing lengan dan menyanggul rambut ku . Aku terus mengupas bawang .
“ Nia kau buat apa tu ? “ Laung nana dari tangga
“ Aku nak letupkan dapur kau ni haa . Nak masaklah . Apa punya spesis soalan kau tanya ni “ Aku mencengkak pinggang
“ Wo sister jangan cekak pinggang dengan pisau macam tu seram aku “ Nana terus berjalan masuk ke dapur
“ Kau nak aku tolong ke ? “ Kata nana sambil mengeluarkan jag air
“ Tak payah lah “
“Alhamdullilah syukur “ Nana berjalan ke ruang tamu sambil menghirup air dari mug . Tak sopan betul lah minum bediri . Cewahh macam kau tak pernah buat pulak
Nana meletakkan mug di atas meja lalu menghenyakkan punggungnya ke atas sofa . Dia terus mencapai remote tv untuk menukar siaran . Tengah syok tengok tv tiba tiba terdengar orang memberi salam . Aku menjengulkan kepala dari dapur untuk melihat siapa .
“ Biar aku pi tengok kau pergi sana masak “ . Nana terus mencapai shawl yang memang di gantung di belakang pintu kan senang tu . Takyah belari naik atas . Nana membuka pintu . ‘ Omg prince charming datang ‘ desis hati nana .
“ Siapa nana ? “ laung aku dari dapur
“ Tak ada siapa “
“ Okey “
Nana terus begerak ke arah pagar . “ Cari siapa encik Adam “ .
“ Rania ada dekat sini ke , nana ? “
“ Kalau saya cakap tak ada ? “
“Tapi kereta dia ada dekat sini “
“ Okey . Tujuan datang sini ? “
“ Saya nak jumpa isteri saya . Let me see her “ muka Adam cuak . ‘ Aduh nak jumpa isteri pun susah . Kena siasat bagai ‘
“ Emm masuk lah . Lama lama duduk luar ni nanti orang mengata dekat saya pulak “
Nana berjalan masuk ke dalam rumah dan terus naik ke atas secara senyap senyap . Hanya tinggal aku dan Adam di bawah . Tengah aku mendadu capsicum tiba tiba sanggul aku terurai .
“ Nana help me cepatt . Sanggul jatuh dah ni woi “ jerit aku dari dapur
Adam terus ke dapur setelah mendengar suara Rania . ‘ Ohh kat sini rupanya ‘
“ Nana cepat lah , rambut dah nak masuk mata ni “
Adam terus membetulkan rambut Rania . Alah kacang je ni . Dia dah selalu tolong sanggulkan rambut julia . Rambut Hanani pun pernah . Rambut mama lagi lah pernah .
“ Eh nana sejak bila kau sanggul kemas ni . Dah rasa macam stewardess MAS dah “ aku meneruskan kerja yang tertangguh
Aku memhentikan sebentar kerja aku . “ Nana ? “. ‘ Eh sejak bila nana ni bisu ? “ . Elok je aku hendak berpusing terasa tangan ku dipegang kemas . Aku mula merasa seriau . Tangan tersebut menyuruh aku melepaskan pisau yang berada di tangan. Aku buntu untuk melawan atau mengikut sahaja . Hati kata lawan tapi tangan hanya mengikut seperti disuruh . Manusia ni memang mintak silat pendekar jurus 5 ni
|